CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41425|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tandas segar beri pengalaman bermakna buat pengunjung

[Copy link]
Post time 31-8-2024 07:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 31-8-2024 07:19 PM

Tandas segar beri pengalaman bermakna buat pengunjung

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

31 Ogos 2024 06:21pm




Peter ketika membawa Sinar Harian meninjau keadaan tandas di The George Penang yang memenangi anugerah TOTYA 2023 bagi kategori hotel.




GEORGE TOWN - "Keselesaan pengunjung adalah keutamaan kami, kerana itu aspek kebersihan sangat dititik berat termasuk di tandas."

Perkara itu dikongsikan Pengarah Urusan The George Penang, Peter Lo Chine Pan yang memenangi Anugerah Tandas Terbaik (TOYTA) 2023 bagi kategori hotel anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).



Menurutnya, selain konsep dan hiasan dalaman yang menarik sudah pasti pihaknya sentiasa memastikan keseluruhan ruangan tandas di hotel mereka bersih, menawan dan wangi (BMW).

"Selepas menang dan diiktiraf sebagai tandas terbaik dari semua hotel di seluruh negara, sudah semestinya kami bertekad untuk teruskan memberi perkhidmatan terbaik bagi masyarakat khususnya pengunjung kami.


"Di sini, kami bukan sahaja menawarkan pengalaman menginap yang selesa buat tetamu tetapi kita juga mahu pastikan apabila menggunakan tandas mereka akan rasa tenang dan segar," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, pada Sabtu.

]
Bagi memastikan kebersihan sentiasa terurus dan bersih, ia akan diselenggara setiap satu jam oleh pekerja pembersihan.




Peter berkata, butik hotel yang dibuka hampir dua tahun lalu itu kini menjadi tumpuan tetamu kenamaan dan pelancong asing, disebabkan itu soal kebersihan ditekankan agar imej pelancongan negeri ini dapat dijaga sekali gus menjadi sebutan ramai.


Malah katanya, dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 yang akan tiba tidak lama lagi seharusnya semua pengendali hotel perlu memastikan perkhidmatan asas ini dapat disediakan dengan terbaik untuk kegunaan pengunjung.




Beliau berkata, bagi memastikan kebersihan tandas di premis berkenaan sentiasa terurus dan bersih, pihaknya akan memastikan tandas yang disediakan diselenggara setiap satu jam oleh pekerja pembersihan.

"Sekurang-kurangnya satu jam sekali petugas kita akan melakukan kerja-kerja pembersihan, memastikan tisu dan kemudahan lain lengkap selain memastikan tandas sentiasa berbau menyegarkan.

"Sekiranya ini dapat kita jaga, pastinya pelanggan akan lebih yakin dan menikmati pengalaman yang bermakna walaupun hanya dengan menggunakan tandas," ujarnya.

https://www.sinarharian.com.my/article/683286/edisi/utara/tandas-segar-beri-pengalaman-bermakna-buat-pengunjung




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.065192 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list