CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8094|Reply: 0

[Sabah] Pengurus pemasaran hadapi 26 pertuduhan tipu wang RM6.2 juta

[Copy link]
Post time 1-9-2024 01:14 PM | Show all posts |Read mode


PROSIDING: Tertuduh diiring masuk semasa prosiding mahkamah dijalankan.

TAWAU: Seorang pengurus pemasaran di sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas 26 pertuduhan menipu membabitkan wang bernilai keseluruhan RM6.2 juta sejak tahun lalu.

Tertuduh berusia 31 tahun membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menipu kerani di syarikat tertuduh bekerja dan memperdayakannya untuk menyerahkan wang keseluruhan bernilai RM6.2 juta.

Tertuduh didakwa mengemukakan penyata jualan buah kelapa sawit yang tidak benar oleh dua syarikat bagi tempoh Febuari tahun 2023 sehingga Febuari tahun 2024 di TB 8283, Lot 20C Perdana Square Commercial Centre, Batu 3 1/2 Jalan Apas, Tawau.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun serta sebat dan juga boleh dikenakan denda, jika disabitkan.

Kes pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Komisioner Jeffery Kadisun dan tertuduh diwakili peguam Chen Wen Jye.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin tempatan, lapor diri sebulan sekali kepada pegawai penyiasat polis.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes masing-masing pada 8 Oktober dan 10 Oktober depan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.057666 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list