CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8666|Reply: 0

[Sabah] Kereta terbakar selepas dilanggar pacuan empat roda

[Copy link]
Post time 1-9-2024 01:47 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Pasukan bomba semasa menjalankan operasi mengeluarkan mangsa dari kenderaan kompak yang terbakar.

KOTA KINABALU: Punca kemalangan membabitkan kenderaan jenis kompak yang terbakar di Jalan Kepayan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) adalah dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati, kemalangan jalan raya berlaku kira-kira jam 2.35 pagi membabitkan tiga buah kenderaan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an dari arah Tanjung Aru menuju ke Putatan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, di lorong kanan, kenderaan pacuan empat roda ini melanggar kenderaan kompak yang dinaiki dua wanita sehingga menyebabkan kereta itu berpusing masuk ke lorong tengah.

“Kenderaan terbabit melanggar bahagian tepi kanan sebuah lagi kereta jenis kompak dan impak pelanggaran menyebabkan kenderaan kompak dinaiki kedua-dua mangsa itu terbabas ke bahu jalan berdekatan jejantas lalu terbakar,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa di dalam kereta kompak itu berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh doktor bertugas dari Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1).

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memandu dalam keadaan berhati-hati dan patuh kepada peraturan lalu lintas,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.042878 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list