CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8721|Reply: 0

[Sabah] Sambut Hari Kebangsaan dan Hari Sabah dengan semangat patriotism

[Copy link]
Post time 1-9-2024 01:50 PM | Show all posts |Read mode


HAJIJI

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Sabah lebih bermakna kerana ia diraikan bersama-sama dengan Hari Kebangsaan mulai tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, tarikh 31 Ogos setiap tahun adalah penting dan berakar umbi dalam sejarah, bukan sekadar untuk mengenang dan meraikan tetapi untuk dihayati dalam semangat patriotisme serta menghargai keberanian dan pengorbanan besar pejuang kemerdekaan negara.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Malaysia di Sabah supaya istiqamah dalam menjaga kedaulatan negara dan terus menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Sabah dengan penuh semangat dan rendah diri kerana kemerdekaan adalah anugerah yang tidak ternilai.

“Perkara yang menyatukan kita seperti keamanan, keharmonian, perpaduan dalam kepelbagaian dan aspirasi kita untuk kemajuan dan pembangunan jauh mengatasi perkara yang memecahbelahkan kita.

“Marilah sematkan dalam hati sanubari kita bahawa sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah adalah milik kita. Marilah kita berdiri teguh menyokong kerajaan dan tidak terpengaruh dengan perkara negatif yang mengancam untuk memecahbelahkan kita," katanya dalam Perutusan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024.

Hajiji berkata, tema sambutan Hari Kebangsaan 2024 'Malaysia Madani: Jiwa Merdeka' menunjukkan komitmen kerajaan untuk terus membangunkan masyarakat yang adil dan makmur serta melambangkan kebebasan rakyat Malaysia daripada sebarang unsur negatif dalam mentafsir patriotisme dan cintakan negara.
Hajiji turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024 kepada semua rakyat Malaysia.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.432011 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list