TINJAU: Naz Lee menunjukkan punca kepada masalah yang dihadapi penduduk.
SANDAKAN: Pihak berwajib diminta sentiasa peka terhadap permasalahan yang dihadapi rakyat.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Datuk Chew Kok Woh berkata, tinjauan berkala terhadap kemudahan-kemudahan awam perlu dilakukan pihak berwajib.
"Baru-baru ini saya menerima aduan bahawa terdapat lurang kumbahan yang tersumbat di Blok Q Bandar Ramai-Ramai.
"Ini berikutan pemilik kedai di kawasan itu mengadu bahawa air tandasnya sentiasa keluar dari mangkuk tandas," katanya.
Chew seterusnya mengarahkan Penyelia Unit PPM Karamunting, Naz Lee memantau aduan yang diterima.
Katanya, tinjauan mendapati terdapat lurang kumbahan di luar kedai berkenaan yang dipercayai tersumbat.
|