CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8934|Reply: 0

[Sabah] Dua lelaki ditahan miliki 400 gram syabu

[Copy link]
Post time 1-9-2024 02:05 PM | Show all posts |Read mode


HASAN

BELURAN: Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati membawa dadah jenis syabu dianggarkan seberat 400 gram di Road Check Point (RCP) Sapi Nangoh, di sini, semalam.

Kedua-dua suspek berusia 33 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran bersama anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), menerusi Op Tapis Dadah.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden Hasan Majid berkata, semua suspek yang disyaki pengedar dadah ditahan ketika cuba melalui RCP Sapi Nangoh, di sini menggunakan sebuah kenderaan, kira-kira jam 11.30 malam.

Katanya, hasil pemeriksaan, pasukan polis menemukan satu bungkusan plastik berwarna merah jambu di dalam kenderaan suspek.

“Pemeriksaan lanjut, menemukan sebanyak lapan bungkusan plastik lutsinar masing-masing berisi bahan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

“Kedua-dua suspek terbabit terus ditahan dan dadah jenis syabu yang dianggarkan seberat 400 gram itu dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan juga mendapati kedua-dua suspek terbabit positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Semua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Hasan berkata, pihak polis masih mengesan rangkaian pengedaran dadah ini bagi membantu siasatan lanjut.

“Polis menegaskan bahawa mengedar, memiliki atau menyalahgunakan dadah adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

“Orang ramai diminta supaya bekerjasama dan memberikan maklumat kepada pihak polis bagi membanteras kegiatan ini,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.043638 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list