CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37118|Reply: 0

[Sarawak] Program Jiwa Komuniti MADANI@Parlimen platform baik pupuk semangat patriotisme

[Copy link]
Post time 3-9-2024 04:22 PM | Show all posts |Read mode


Nancy pada sidang media selepas merasmikan Program Jiwa Komuniti MADANI@Parlimen Peringkat Parlimen Santubong di Kuching hari ini. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Program Jiwa Komuniti MADANI@Parlimen anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) merupakan satu platform yang baik dalam memupuk semangat patriotisme, kata Dato Sri Nancy Shukri.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, ia juga merupakan landasan untuk memperkasakan libat urus dan kerjasama antara kerajaan dengan masyarakat setempat.

Perkara itu katanya, penting kerana aspirasi melibatkan dasar dan inisiatif kerajaan perlu diperluaskan kepada kesemua lapisan masyarakat.

“Penyampaian mesej kerajaan tidak boleh hanya bergantung kepada media elektronik dan cetak sahaja tetapi ia turut memerlukan pendekatan komunikasi tradisional secara bersemuka.

“Jadi, saya bersetuju bahawa gabungan cara tradisional dan cara moden penting dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Program Jiwa Komuniti MADANI@Parlimen peringkat Parlimen Santubong di Mydin Petra Jaya di sini, hari ini.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong menambah, perlu difahami bahawa komuniti bukan sekadar sebagai penerima tetapi juga penyumbang dan penggerak dasar kerajaan.

“Maka itu, kerjasama dan komunikasi dua hala antara kerajaan dan komuniti amat penting dalam memastikan keperluan sebenar dilaksanakan,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Penerangan Sarawak Helmy Hamid berkata, program Jiwa Komuniti MADANI@Parlimen itu melibatkan sembilan Komuniti MADANI di bawah seliaan Pejabat Penerangan Daerah Kuching dan Daerah Lundu.

“Program ini merupakan salah satu daripada platform JAPEN untuk memasarkan maklumat, isu semasa, dasar dan inisiatif kerajaan kepada semua lapisan masyarakat.

“Pendekatan turun padang ini juga melibatkan pemimpin atau wakil rakyat setempat bertujuan k mendekatkan pemimpin dan agensi kerajaan kepada masyarakat,” ujarnya.

Majlis turut menyaksikan seramai 36 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menerima insentif di bawah Program Insentif Cemerlang NS.

Pemberian insentif berjumlah RM23,900 secara keseluruhan itu juga julung kalinya diadakan di Perlimen Santubong.

Nancy dalam pada itu turut menyampaikan insentif kepada wakil Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak dari kawasan Parlimen Santubong berjumlah RM5,200.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.048612 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list