CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36277|Reply: 0

[Sabah] Lelaki warga asing ditahan kes langgar lari di Tuaran

[Copy link]
Post time 4-9-2024 05:48 PM | Show all posts |Read mode


DIKEHENDAKI: Hebahan media yang dikeluarkan IPD Tuaran bagi mengesan suspek.

TUARAN: Seorang lelaki yang dipercayai terbabit dengan kes langgar lari sehingga menyebabkan kematian berhampiran stesen minyak Jalan Berungis - Tenghilan, di sini ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, suspek warga Pakistan itu ditahan pihak polis ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan, Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) Kota Kinabalu, kira-kira jam 11 pagi Selasa.

Katanya, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian kes kemalangan maut membabitkan dua kenderaan iaitu motosikal dan sebuah kenderaan jenis sedan pada jam 1.10 pagi Selasa.

“Kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang kereta sedan dipercayai melarikan diri dari lokasi kejadian.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 sebaik laporan polis diterima dan setakat ini beberapa individu sudah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan yang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, pada hari sama kira-kira jam 11 pagi, bertindak dengan maklumat yang diterima, polis berjaya menahan seorang lelaki warga Pakistan yang menerima rawatan di Wad Kecemasan HQE I, Kota Kinabalu.

“Individi yang ditahan dipercayai suspek terbabit di dalam kemalangan maut berkenaan," katanya dalam kenyataan media di sini semalam.

Beliau berkata, suspek ditahan 24 jam dan siasatan lanjut serta usaha mengesan rakan suspek masih diteruskan.

“Pihak polis mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat sehingga suspek yang terbabit berjaya diberkas.

“Orang awam individu yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini diminta untuk menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.

"Orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran, Inspektor Haffiz di talian 011-61600964 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi menyalurkan maklumat dan membantu siasatan,” katanya.

Beliau juga meminta orang ramai supaya tidak menyalurkan sebarang spekulasi berkenaan kes kemalangan itu supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu dan tidak benar serta tidak mengganggu siasatan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.031792 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list