CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38541|Reply: 0

[Sabah] Generasi muda wajar pertahan keunikan Sabah

[Copy link]
Post time 4-9-2024 05:53 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Yusof merakamkan gambar kenangan bersama Jawatankuasa Pelaksana dan Kepimpinan PAADIAN yang hadir pada majlis itu.

SIPITANG: Keunikan yang dimiliki Sabah dari sudut perpaduan yang terdiri daripada pelbagai kaum wajar dipertahankan khususnya dalam kalangan generasi muda bagi memastikan rakyat di negeri ini terus hidup dalam suasana harmoni.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, keunikan itu merupakan aset yang berharga terutama Sabah kerana mempunyai kira-kira 37 suku kaum.

"Ini adalah aset yang sangat penting khususnya di Sabah dan hasil kepelbagaian ini lah yang menyumbang dalam membangunkan negeri ini serta turut membantu dalam mengekalkan keamanan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024 anjuran Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN) Kampung Pantai dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg Pantai yang diadakan Dewan Mini Serbaguna Kampung Pantai, baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Presiden PAADIAN Ramlee Kariah dan Naib Presiden PAADIAN Rafie Isa.



PERSEMBAHAN: Yusof dan barisan kepimpinan PAADIAN menyaksikan persembahan daripada para peserta sempena Sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan.

Yusof yang juga Presiden PAADIAN berkata, penganjuran acara sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah penting agar rakyat khususnya generasi muda dilibatkan untuk sama-sama menghargai kemerdekaan yang dikecapi selama ini.

Katanya, kemerdekaan yang dikecapi selama ini adalah hasil daripada perjuangan dan pengorbanan pemimpin dan pejuang-pejuang negara dari pelbagai pelusuk di negara ini termasuk di daerah ini.

Mengulas lanjut Yusof berkata, PAADIAN menyokong penuh penganjuran acara seumpama itu yang dianjurkan bersama dengan KRT Kampung Pantai bagi memupuk semangat kemerdekaan dalam kalangan penduduk kampung.

Katanya pada tahun ini, PAADIAN juga telah menghantar peserta bagi menyertai acara Perbarisan Hari Kebangsaan 2024 peringkat Negeri di Kota Kinabalu pada Sabtu lepas.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.030056 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list