CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12301|Reply: 0

[Sabah] PM, Premier Sarawak hadir sambutan Hari Malaysia

[Copy link]
Post time 5-9-2024 01:24 PM | Show all posts |Read mode


Utusan Borneo

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan menghadiri sambutan Hari Malaysia yang dihoskan Sabah 16 September ini di sini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, sambutan yang dianjurkan bersama Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dan Kementerian Komunikasi itu akan diadakan di Padang Merdeka bermula jam 7 malam.

Sementara itu dalam perkembangan sama, Hajiji mengumumkan bahawa Kabinet Negeri memutuskan 17 September bersamaan Selasa tidak akan menjadi cuti umum bagi menggantikan 16 September.

“Hari Malaysia tahun ini disambut bersama Sambutan Maulidur Rasul pada tarikh sama iaitu pada 16 September.

“Kabinet Negeri bagaimanapun memutuskan tiada penggantian cuti umum pada hari berikutnya bagi sektor awam," katanya.

Beliau bagaimanpun berkata, cuti bagi sektor swasta adalah berdasarkan budi bicara majikan sama ada memberi cuti kepada pekerja pada Selasa bersamaan 17 September atau sebaliknya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.033885 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list