Bibi Bhalkis mohon bantuan orang ramai mengesan keberadaan ayah kandungnya M.A. Zainul Abidin Abdul Kader.
SIBU: Seorang gadis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan bapa kandungnya untuk menjadi wali pernikahannya yang dijadualkan berlangsung pada 22 September ini.
Menurut Bibi Bhalkis M.A. Zainul Abidin, 29, dia tidak lagi bertemu bapanya.
"Saya dimaklumkan bahawa ayah kandung saya, M.A. Zainul Abidin Abdul Kader, telah keluar negara pada 16 Mac 2023 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
"Sehingga kini saya tidak dapat menghubungi ayah, malah saya tidak tahu keberadaannya," katanya yang kini tinggal di Kampung Judan, Mukah.
Beliau berharap sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai ayahnya dapat menghubunginya di talian 014-8135769.
"Jika ayah saya masih ada, saya mohon agar dia dapat bertemu dengan saya seterusnya menjadi wali ketika pernikahan saya," katanya.
|