CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4004|Reply: 0

[Sarawak] Gunung Buda mampu beri limpahan rezeki kepada penduduk sekitar jika dibangunkan

[Copy link]
Post time 10-9-2024 03:06 PM | Show all posts |Read mode


Tom (duduk lima kanan) dan ahli-ahli Syarikat Lun Bawang, Kelabit, Tabun Gunung Buda Bersatu pada mesyuarat hari ini.

LIMBANG: "Lebih 20 tahun tunggu Gunung Buda dibangunkan, perjuangan kami belum selesai."

Itu luahan masyarakat Lun Bawang, Kelabit, Tabun, Iban dan Penan yang ingin menyaksikan kawasan pelancongan menarik itu dibangunkan.

Pengarah Syarikat Lun Bawang, Kelabit, Tabun Gunung Buda Bersatu Tom Singa Bayong berkata, Gunung Buda mampu memberi limpahan rezeki kepada penduduk sekitar sekiranya ia dibangunkan.

"Apa yang kita mahu adalah agar usaha membangunkan Gunung Buda itu dapat dilaksanakan segera melalui pemaju-pemaju yang sudah dilantik.

"Masyarakat Bumiputera di kawasan berkenaan mempunyai banyak kebudayaan, produk kraf tangan serta pelancongan dan inap desa yang mampu diperluaskan apabila Gunung Buda dibangunkan nanti," ujarnya.

Beliau ditemui pada mesyuarat bersama ahli-ahli jawatankuasa syarikat Syarikat Lun Bawang, Kelabit, Tabun Gunung Buda Bersatu dan Koperasi Gunung Buda Bersatu hari ini.

Tom Singa menjelaskan usaha membangunkan Gunung Buda perlu pergiat kerana potensinya cukup besar sebagai daya tarikan pelancongan antarabangsa.

Beliau yang juga Pengarah Koperasi Gunung Buda Bersatu berkata, ini termasuk menyediakan akses jalan raya baik menghubungkan destinasi pelancongan terkemuka itu dengan dunia luar.

"Syarikat Lun Bawang, Kelabit, Tabun Gunung Buda Bersatu kini berusia lebih 20 tahun sejak ditubuhkan pada Disember 1998 berhasrat membangunkan sektor pelancongan masyarakat sekitarnya melalui pembangunan di Gunung Buda.

"Ia melibatkan masyarakat Lun Bawang, Kelabit, Tabun, Iban, Penan dan sekitarnya yang mendiami kawasan dan rumah panjang berhampiran Gunung Buda," jelasnya.

Katanya, Gunung Buda mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai daya tarikan lebih ramai pelancong.

"Gunung Buda merupakan warisan dunia yang bersambung dengan Gua Mulu, harapan kita ia dapat dibangunkan dengan kemudahan lengkap sejajar hasrat kita menarik lebih ramai pelancong ke daerah ini," katanya.

Menurutnya, ketika ini pihaknya sedang mendapatkan lesen  pelancongan bagi membawa pelancong-pelancong luar ke gunung tersebut menggunakan kenderaan yang terlibat nanti.

Pada masa sama, beliau turut berharap kerajaan dapat meluluskan permohonan tapak tanah seluas seribu ekar untuk dijadikan inap desa yang sudah dipohon sejak 2014.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.056623 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list