CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18152|Reply: 0

[Sarawak] Lokasi berisiko tanah runtuh dipantau

[Copy link]
Post time 10-9-2024 03:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 10-9-2024 07:50 AM

  • Lebih 1,000 lokasi cerun agak mudah runtuh di seluruh negara dipasang alat pemantau bagi kesan pergerakan tanah



Nanta (tengah) bersama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas (kiri) semasa melihat Pameran Eksklusif Tun Datuk Patinggi Temenggung Jugah Barieng di DCF hari ini. - Gambar Roystein Emmor
Oleh Hafizah Abdul Hamid

KUCHING: Lebih 1,000 lokasi cerun yang dikatakan agak mudah runtuh di seluruh negara telah dipasang alat pemantau bagi mengesan pergerakan tanah secara aktif.

Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata ia merupakan inisiatif Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mencegah kemalangan yang boleh mengancam nyawa dan harta benda.

Jelas Nanta, JKR sentiasa memantau lokasi-lokasi berisiko tinggi dan mengambil tindakan proaktif bagi menangani masalah ini.

“Selain itu, dasar cerun negara yang dijadualkan tamat pada 2023 kini sedang dipertimbangkan untuk dilanjutkan sehingga 2030 atau 2035.

“Langkah ini penting bagi memastikan pengurusan tanah cerun di seluruh negara terus diperkukuh,” ujarnya kepada pemberita ketika menghadiri program Mengenang Negarawan Tun Datuk Patinggi Temenggung Jugah Barieng ‘Negarawan Terbilang’ di Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF) di Jalan Ong Tiang Swee di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut beliau, insiden itu telah diteliti oleh jawatankuasa khas yang diketuai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Wilayah di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan sokongan teknikal dan kepakaran daripada JKR.

Pada 23 Ogos lepas, seorang wanita dikenali sebagai G.Vijaya Lakshmi berasal dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita berkenaan dihentikan pada 31 Ogos lepas setelah mengambil kira faktor keselamatan pasukan operasi SAR.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.245449 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list