CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17857|Reply: 14

[Tempatan] 'Saya tak takut... kita jumpa di mahkamah' - Dr Muhamad Akmal tegaskan kepada Teresa. #2, Teresa tuntut ganti rugi RM25 juta dari Dr Muhamad Akmal

[Copy link]
Post time 11-9-2024 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 11-9-2024 08:01 AM

'Saya tak takut... kita jumpa di mahkamah' - Dr Muhamad Akmal tegaskan kepada Teresa

https://www.bharian.com.my/berit ... amad-akmal-tegaskan

Oleh Mahani Ishak - September 10, 2024 @ 9:27pm
[email protected]


KUALA LUMPUR: Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan, beliau tidak gentar berdepan tindakan mahkamah yang mungkin akan difailkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, terhadapnya susulan kenyataan berkait isu pensijilan halal.

Ketua Pemuda UMNO itu berkata, beliau tidak bimbang untuk berdepan tindakan undang-undang terbabit, malah bersedia 'berjumpa' Naib Pengerusi DAP berkenaan di mahkamah.

"Hari ini, apabila Teresa Kok dipanggil ke ibu pejabat polis tadi, beliau mengeluarkan kenyataan akan mempertimbangkan untuk saman saya di mahkamah.

"Saya nak beritahu kepada Teresa Kok... bring in on, I am not afraid... no fear, no surrender (teruskan, saya tidak takut... tiada gentar, tidak menyerah kalah). Kita jumpa di mahkamah," katanya dalam rakaman video pendek yang dikongsikan melalui Facebook beliau, malam ini.

Terdahulu, media melaporkan Teresa sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Dr Muhamad Akmal Saleh susulan kenyataan balas Ketua Pemuda UMNO itu berkait isu pensijilan halal, termasuk mahu 'logo tidak halal' ditampal pada dahi Setiausaha Publisiti DAP berkenaan.

Teresa dipetik memaklumkan kepada pemberita setelah memberi keterangan di Bukit Aman, hari ini, bahawa beliau sedang mendapatkan nasihat undang-undang daripada barisan peguamnya berhubung perkara terbabit.

Sebelum ini, Dr Muhamad Akmal dipetik menempelak tindakan Teresa yang dilaporkan mendakwa bahawa cadangan mewajibkan perolehan sijil halal ke atas restoran dan syarikat makanan, hanya menambah beban terhadap peniaga.

Dr Muhamad Akmal dilapor menegaskan perolehan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bukan saja membabitkan larangan kandungan arak serta babi tetapi turut merangkumi bagaimana sesuatu makanan itu disediakan dan sumber penyediaannya.

"Saya nak beritahu... sijil halal dulu berbulan nak dapat. Hari ini, kita sudah pendekkan hingga 23 hari saja sudah dapat sijil halal.

"Jadi, apa masalah kamu dengan sijil halal ini. Kalau kamu tidak suka, ia tidak membabitkan kamu pun," kata Dr Muhamad Akmal melalui TikTok beliau, Sabtu lalu.

Media sebelum ini melaporkan Teresa mendakwa pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela untuk membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa.

Beliau dipetik mendakwa, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan untuk memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan serta beban kepada perniagaan kecil.

Selain itu, Teresa mendakwa, ia juga bertentangan semangat kepelbagaian budaya, malah mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.

Ia susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, bahawa JAKIM sedang mengkaji cadangan untuk mewajibkan restoran serta syarikat makanan untuk memiliki sijil halal.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilapor menegaskan kenyataan Teresa dalam isu pensijilan halal itu tidak mewakili pendirian Pakatan Harapan (PH), selain mencetuskan kontroversi yang tidak relevan kepada masyarakat di negara ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2024 03:59 PM | Show all posts
Teresa tuntut ganti rugi RM25 juta dari Akmal

https://www.malaysiakini.com/news/718845

Diterbitkan:  Sep 11, 2024 2:46 PM
Dikemaskini: 3:34 PM



Ahli Parlimen DAP Teresa Kok mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menuntut ganti rugi RM25 juta.

Dalam notis yang dihantar oleh peguamnya Sankara Nair and Partners, Kok mendakwa Akmal memutar belit kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.

“Kami menunggu jawapan anda tanpa berlengah-lengah.

"Jika anak guam kami tidak menerima sebarang maklum balas yang memuaskan daripada anda dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh penerimaan notis ini, arahan kami adalah untuk memulakan tindakan undang-undang tanpa merujuk kepada anda lagi," kata notis itu.

Semalam, Ahli Parlimen Seputeh itu disoal siasat polis kerana berkata cadangan kerajaan mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan arak akan membebankan perniagaan dan boleh menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan.

Sebagai jawapan, Akmal menyelar Kok sebagai "myonya tua" yang tidak sepatutnya mencampuri urusan Islam dan berkata dia akan meminta kerajaan menyediakan logo tidak halal untuk ditampal di dahi pemimpin DAP itu.

Kok, yang merupakan naib pengerusi DAP, kemudian menjelaskan bahawa dia hanya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ahli parlimen yang dipilih pengundi dengan menyuarakan masalah yang dihadapi rakyat berbilang kaum.

Kok juga berkata dia tidak mempunyai peluang untuk membawa perkara itu melalui saluran dalaman seperti yang dicadangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana cadangan itu dibuat di forum terbuka melalui kenyataan menteri agama.

Mengulas lanjut, notis itu berkata kata-kata Akmal telah menggambarkan Kok sebagai seorang perkauman yang tidak menghormati Islam, dan tidak mempunyai pengetahuan mengenai pensijilan halal, antara lain.

Ia juga dikatakan menggambarkan Kok sebagai seorang yang tidak sensitif dan jahil yang menentang dasar kerajaan mengenai amalan dan agama Islam, serta individu yang merosakkan keamanan dan keharmonian negara, dan "musuh negara" yang tidak setia kepada negara.

"Adalah mengecewakan anak guam kami bahawa walaupun dengan penjelasannya diterbitkan, anda telah cuai, melulu, sengaja, berniat jahat dan telah gagal untuk menurunkan dan/atau menarik balik fitnah yang dipertikaikan dan/atau kata-kata fitnah.

"Akibat daripada kegagalan, kecuaian dan niat jahat anda untuk tidak menarik balik kenyataan berunsur fitnah walaupun selepas anak guam kami mengeluarkan dan/atau menerbitkan penjelasan tersebut, anda telah menyebabkan anak guam kami menerima tekanan yang ketara dan/atau memalukan daripada masyarakat dan telah menyebabkan anak guam kami dikenakan siasatan oleh polis," baca notis itu.

Oleh itu, tambahnya, Kok tidak mempunyai pilihan selain memulakan tindakan undang-undang terhadap Akmal untuk mempertahankan reputasinya.

Antara lain, Kok menuntut Akmal untuk segera dan tanpa ragu-ragu menarik balik kenyataannya, menerbitkan permohonan maaf tanpa syarat dan tidak boleh ditarik balik dalam cara dan medium yang akan diputuskan oleh Kok dan peguamnya, dan membuat akujanji bertulis untuk tidak mengulangi sebarang dakwaan atau komen lanjut seumpamanya.

Selepas disoal siasat semalam, Kok memberitahu pemberita bahawa dia akan "berunding dengan peguamnya" mengenai kemungkinan memfalkan saman terhadap Akmal.

Dalam jawapannya, Akmal berkata dia akan berdepan dengan Kok di mahkamah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
'Bring in on' ? Tak tau siapa yang tido kelas BI ni.

Aku sokong ja Akmal ni flight ke court...


... sampai tinggal spender
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by azimie at 11-9-2024 04:35 PM

nasib la ada Akmar nie yg berani lantang bersuara..
Hrpkan warga Msia yg lain hnya dok menyalak di medsos jela.. kena la pijak cmne sekalipon tadah je..
Nak kedepan bangkit pakat xde telor belaka ..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tunggu kaka kaki bubuh gif or utube trailer citer bring it on
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
azimie replied at 11-9-2024 04:33 PM
nasib la ada Akmar nie yg berani lantang bersuara..
Hrpkan warga Msia yg lain hnya dok menyalak di  ...

salah melayu jugok...dh tau depa tu..nk jugak 'bersekongkol'...sakarang kan dh melopong...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2024 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 11-9-2024 04:23 PM
'Bring in on' ? Tak tau siapa yang tido kelas BI ni.

Aku sokong ja Akmal ni flight ke court...

Alahhh trpaling terer (saje slh taip) english le ko pun.dia mcm ko gak kdg2 ckp meluru2 x trfkr ayat apa nk keluar.bezanya ko menaip blh edit lg,dia bersuara nak pth blk pun x blh dah.fhm?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 08:36 PM | Show all posts

Umno nk tunggu apa lg keluar je dari dap
Biar cepat dap melingkup
Xsabar nk tgk dap melingkup
Itu je nk ajar dap



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2024 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 11-9-2024 08:45 PM

Ahsoo ni pun satu...minta maaf dah la. Sebok macam saje nak memekak mekak macam kat pasar sayur jual Bak Choi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar dia tunjuk² nama jalan dalam tulisan Jawi memang beri imej buruk pada Ahso Teresa sampai sekarang.

Cakap semua jadi salah.

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Perils replied at 11-9-2024 06:06 PM
Alahhh trpaling terer (saje slh taip) english le ko pun.dia mcm ko gak kdg2 ckp meluru2 x trfkr ay ...

Then stop nganjeng arwah sami vellu or any non malays bila bm mereka less than perfect.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dh tulis panjang td...tp padam balik
Sbb takut ada yg sentap atau timbulkn kontroversi....cuma nk ingatkn sesama muslim...berhati2 la bila nk mkn kt luar...cari kedai yg betul2 halal...mkn la kt kedai muslim yg dh memg kita tau halalnya...mencari yg halal tu tggjwb kita...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
azimie replied at 11-9-2024 04:33 PM
nasib la ada Akmar nie yg berani lantang bersuara..
Hrpkan warga Msia yg lain hnya dok menyalak di  ...

Who's got balls vs who's got cock battle. Bring it on!
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Akmal ni pengganti lokman Adam ke...hmm
Yang mana taknak apply logo halal tu boleh lah apply logo tidak halal....5minit jer nak print and laminate. Buat sendiri pun boleh....pastu tampal2 besar2 dekat depan entrance kedai. Senang citer...
And mana2 org Islam yg masuk ke kedai takde tanda halal...or dgn lebih tepat...tak kuasa nak apply logo halal boleh lah saman on the spot.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai terisap kok ni.. Menyalak x habis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.043550 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list