View: 34396|Reply: 2
|
[Tempatan]
Teresa Kok dipanggil MCMC pula, maklumat telefon diambil. Ketua Polis Negara klasifikasikan sebagai kes 3R, sejumlah 50 laporan polis telah dibuat terhadap Teresa
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 11-9-2024 09:03 AM
Teresa dipanggil MCMC pula, maklumat telefon diambil
https://www.malaysiakini.com/news/718871
Diterbitkan: Sep 11, 2024 4:56 PM
Dikemaskini: 4:57 PM
Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok, dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Putrajaya petang ini.
Ini berkaitan kenyataannya mengenai isu pensijilan halal, yang turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998 atas "penyalahgunaan kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian".
Malaysiakini difahamkan pegawai MCMC telah mengambil maklumat berkaitan daripada telefon bimbitnya bagi membantu siasatan.
Melalui pesanan teks kemudian, Kok berkata, "baru selesai siasatan forensik di MCMC. Semuanya berjalan lancar."
Semalam, pihak polis yang turut menyiasat kes sama di bawah Seksyen 298 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan merakam kenyataan ahli parlimen Seputeh itu.
Ketua Polis Negara Razarudin Hussain, yang mengklasifikasikan kes ini sebagai "3R" (kaum, agama dan raja), mendedahkan sejumlah 50 laporan polis telah dibuat terhadap Kok.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hp kena rampas risau kot2 trjmpe gmbr tgh tdo dgn ketiak trangkat nmpk bulu2 kehidupan |
|
|
|
|
|
|
|
I dont see keperluan yang sampai nak 3R sangat, is just another conflict of interest sesama mereka, but DAP kahwin dengan UMNO memang sangat doom marriage.
Get a divorce better.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|