CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34203|Reply: 0

[Sabah] Kastam gagalkan cubaan sindiket seludup minuman keras diikrar barangan lain

[Copy link]
Post time 11-9-2024 05:02 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Siti dan pegawainya menunjukkan rampasan minuman keras semasa sidang media terbabit.

KOTA KINABALU: Taktik sindiket yang mengikrar barangan lain untuk menyeludup masuk minuman keras bernilai RM436,021 termasuk cukai terbongkar apabila berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Siti Mang berkata, minuman keras yang disimpan dalam kontena terbabit dipercayai dibawa masuk dari negara jiran.
Katanya, kesemua minuman keras itu dirampas selepas berjaya dikesan menggunakan mesin pengimbas di Pelabuhan Sepanggar pada 4 September lalu.

“Hasil siasatan mendapati, kontena berkenaan dibawa masuk dengan diikrarkan sebagai produk keperluan rumah, pakaian dan perabot.

“Pemeriksaan lanjut bagaimanapun mendapati kesemua kontena berkenaan sebenarnya membawa 19,800 liter minuman keras yang dianggarkan bernilai RM75,042, manakala nilai duti dan cukai pula adalah lebih RM360,979.

"Tindakan penyeludup melakukan kegiatan ini bukan saja dipercayai mahu mengelak membayar cukai tetapi juga disebabkan prosedur permit mengimport barangan berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Wisma Penguatkuasaan Sepanggar, di sini.

Siti berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 133 (1)(a) akta sama iaitu mengimport barang-barang larangan serta menyimpan barang larangan.

"Bagi kesalahan pertama boleh dikenakan denda tidak kurang 10 kali ganda jumlah duti kastam atau RM100,000, mengikut mana-mana yang lebih besar dan tidak lebih 20 kali ganda jumlah duti kastam atau RM500,000 mengikut mana-mana yang lebih besar.

"Pesalah turut boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada enam bulan atau tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Siti berkata, aktiviti penyeludupan bukan saja merugikan negara dari segi kehilangan hasil, malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, orang ramai disarankan supaya memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan ditalian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855.

"JKDM juga turut memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat berkenaan adalah dirahsiakan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.059718 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list