View: 37023|Reply: 8
|
[Tempatan]
Tak nak seksa dipenjara, warga Pakistan pancung majikan mohon kekal hukuman gantung
[Copy link]
|
|
Tak nak seksa dipenjara, warga Pakistan pancung majikan mohon kekal hukuman gantung
https://www.freemalaysiatoday.co ... al-hukuman-gantung/
FMT Reporters
11 Sep 2024, 05:22 PM
Warga Pakistan, Syafaqat Ali Ghulam Nabi dibawa ke Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini. (Gambar Bernama)
Mahkamah Persekutuan bagaimanapun menggantikan hukuman mati mandatori dengan penjara 36 tahun dan 12 sebatan terhadap Syafaqat Ali Ghulam Nabi.
PETALING JAYA: Seorang warga Pakistan memohon Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman gantung sampai mati ke atasnya kerana memancung majikan didakwa menghina agama kira-kira 13 tahun lalu.
Sebelum sidang khas Mahkamah Persekutuan di Mahkamah Tinggi Alor Setar bermula, Syafaqat Ali Ghulam Nabi, 43, tiba-tiba bangun memohon hukuman gantung ke atasnya dikekalkan atas alasan tidak mahu lagi meringkuk dalam penjara.
Saya tidak mahu masuk penjara lagi. Kalau gantung saya sakit sekali saja, lepas itu mati, tetapi dipenjara saya terseksa, katanya menurut Sinar Harian.
Dia terlepas hukuman mati mandatori selepas Mahkamah Persekutuan menggantikannya dengan penjara 36 tahun dan 12 sebatan.
Keputusan itu dibuat panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Nordin Hassan.
Tengku Maimun memerintahkan hukuman penjara ke atas lelaki itu dijalankan dari tarikh tangkapan 24 Ogos 2011.
Peguam pemohon, Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud kemudiannya mengemukakan hujah berkaitan masalah mental lelaki itu yang disahkan pakar Hospital Seberang Perai, Pulau Pinang.
Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abd Aziz memohon hukuman berat ke atas warga asing itu yang memancung majikannya.
Pada 25 Ogos 2015, Mahkamah Persekutuan Putrajaya mengekalkan hukuman mati terhadap Syafaqat yang bekerja di kebun tanaman pokok kemboja mangsa oleh Mahkamah Tinggi kerana membunuh Harjit Singh Bachan Singh, 51, di Kampung Sungai Padang Sertik, Bentong pada 8.30 malam 23 Ogos 2011.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Copy paste berita 9 taun yg lalu
Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa mengekalkan hukuman mati terhadap seorang tukang kebun warga Pakistan kerana memancung leher seorang doktor penjara yang didakwa menghina agamanya.
Panel lima anggota yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menolak rayuan akhir Shafaqat Ali Ghulam Nabi terhadap sabitan kesalahan dan hukuman mati yang dikenakan terhadapnya.
Zulkefli berkata ia merupakan suatu pembunuhan kejam dan tidak sepadan dengan provokasi yang dilakukan mangsa, jika pun benar dia berbuat demikian. |
|
|
|
|
|
|
|
gila terperanjat aiols baca igt kejadian kat pakistan sana. dasyat main pancung2 |
|
|
|
|
|
|
|
IzzahF replied at 11-9-2024 06:22 PM
gila terperanjat aiols baca igt kejadian kat pakistan sana. dasyat main pancung2
Bengang kot sb majikan dok provoke pasal agama. |
|
|
|
|
|
|
|
Si maimun lagi. Org yang sm cancel hukuman gantung. |
|
|
|
|
|
|
|
toteng replied at 11-9-2024 09:19 PM
Si maimun lagi. Org yang sm cancel hukuman gantung.
Dia kena ada dlm panel tu sbb dia ketua hakim negara |
|
|
|
|
|
|
|
kot ye pun gila baran smpai nk memancung. balas la balik dgn kata2 puaka...ini dipancung kawan tu
|
|
|
|
|
|
|
|
mohon pembayar cukai bekerja lebih keras untuk membayar cukai bagi memberi makan kepada tahanan berpuluh-puluh tahun ini.... |
|
|
|
|
|
|
|
IzzahF replied at 12-9-2024 08:40 AM
kot ye pun gila baran smpai nk memancung. balas la balik dgn kata2 puaka...ini dipancung kawan tu
...
Dah jadi gila la tu agaknya bila hari2 diprovoke mcm tu. Ada setgh org mmg mcm tu.
Patutnya heols lari je dari tempat keje tu. Pi report polis je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|