CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35987|Reply: 10

[Tempatan] Pekerja bengkel patah tangan, melecur angkara pemilik BMW enggan bayar RM38,000

[Copy link]
Post time 11-9-2024 06:31 PM | Show all posts |Read mode
Pekerja bengkel patah tangan, melecur angkara pemilik BMW enggan bayar RM38,000

https://www.freemalaysiatoday.co ... ggan-bayar-rm38000/

FMT Reporters
11 Sep 2024, 06:11 PM


Ketua Polis Johor Bahru Utara Balveer Singh Mahindar Singh berkata rakan suspek turut menyembur pemedih mata ke atas pekerja bengkel. (Gambar Facebook)

Pemilik BMW dan rakannya berpura-pura ingin uji kereta sebelum bertindak agresif melarikan kenderaan mewah itu.

PETALING JAYA: Pemilik BMW sanggup mencederakan pekerja bengkel sehingga ada mengalami patah tangan dan melecur demi melarikan kereta mewah itu kerana enggan membayar kos pembaikan berjumlah RM38,000.

Dalam kejadian di Taman Setia Tropika, Johor Bahru, semalam, suspek berusia 40 tahun pada 10 malam semalam, berpura-pura mahu menguji kenderannya yang dihantar untuk dibaiki, pada 7 Sept.

Ketua Polis Johor Bahru Utara Balveer Singh Mahindar Singh, berkata kejadian itu dilaporkan pemilik bengkel tersebut yang berusia 29 tahun.

“Pada 10 malam semalam, lelaki itu datang kembali ke bengkel bersama seorang rakannya dan berpura-pura mahu menguji kenderaan tersebut. Pengadu mengarahkan seorang pekerja mengikut suspek kerana bimbang dia melarikan diri tanpa membuat pembayaran.

Semasa ujian pemanduan di kawasan Taman Bukit Kempas, suspek meminta pekerja keluar untuk memeriksa bunyi bising di kawasan bonet kenderaan. Apabila pekerja membuka pintu, rakan suspek menyembur pemedih mata sebelum suspek melarikan kenderaan, katanya menurut Utusan Malaysia.

Beliau berkata, pengadu cuba menahan kenderaan itu ketika ia melintasi hadapan kedai dengan memegang cermin sisi kenderaan, bagaimanapun cuba dirempuh.

Kemudian, seorang lagi pekerja bengkel yang cuba mengejar suspek menggunakan motosikal telah dihimpit sehingga jatuh, katanya.

Balveer ketika mengulas lanjut, berkata akibat insiden itu, pengadu cedera pada siku kanan, seorang pekerja mengalami pedih mata, manakala seorang lagi pekerja patah tangan kanan, luka di lutut kanan, selain melecur pergelangan tangan kiri.

Polis kini giat mengesan kedua-dua suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai mempunyai maklumat berkait kejadian boleh menyalurkannya kepada pegawai penyiasat menerusi talian 019-3811817.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2024 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tpanjat tgk gmbr.ingtkn mendiang kevin.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangang betul nak lari dari buat bayaran! Dah tentu bengkel tu ada info keta ko tu

Semuga  polis dapat tangkap dengan segera.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde duit nak bayar?
Pakai bmw?
Baik ko p beli kancil 2nd je la
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa repair ?
patutnya bayar dulu harga parts baru repair

setakat seratus dua blh la bt dulu bayar kemudian
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenis tak ukur baju kat badan sdr la ni
Kena sedar diri la kalau ko beli kete2 gini, spare parts semua mahal2
Kalau xmampu buat cara xmampu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2024 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kos sampai rm38k..mana ada bengkel yg belanja dulu ni? Xde byr deposit bagai..owner bengkel xsiuman ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
hawau nya perangai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2024 09:02 PM | Show all posts
jgn ingat manusia bawa BMW dan Merc berduit
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 11-9-2024 09:02 PM
jgn ingat manusia bawa BMW dan Merc berduit

dan jgn ingat yg bawa kancil tak berduit
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 09:15 PM | Show all posts
89% bengkil kereta kaki tipu.

99% owner kereta  tangan jujur.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.056426 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list