CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27173|Reply: 0

[Sarawak] PSIEA 2025 berhasrat galak dan tingkatkan syarikat Sarawak ke persada antarabangsa

[Copy link]
Post time 12-9-2024 10:02 AM | Show all posts |Read mode


Dr Mazlina (depan, tiga kiri) merakam gambar bersama pengamal media serta kakitangan MPC di Ibu Pejabat MPC Sarawak di Kuching, hari ini.

KUCHING: Anugerah Kecemerlangan Industri Premier Sarawak (PSIEA) 2025 berhasrat untuk menggalakkan sekali gus meningkatkan  syarikat domestik di negeri ini ke persada antarabangsa.

Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Sarawak Dr Mazlina Shafi’i berkata, MPC sentiasa mencari pendekatan yang inovatif dan berkesan untuk membantu sektor awam dan swasta dalam meningkatkan keberkesanan operasi.

Menurutnya, penganjuran PSIEA pada tahun-tahun sebelum ini telah memperkukuh kecemerlangan dan daya saing organisasi di Sarawak serta memberi impak positif terhadap ekonomi negara.

“Sejak pelaksanaan PSIEA pada 2017, sebanyak 94 organisasi pelbagai saiz daripada sektor pembuatan dan perkhidmatan telah menyertainya dengan anggaran penciptaan nilai sebanyak RM188 juta.

“Kita menyasarkan lebih daripada 50 syarikat domestik untuk menyertai PSIEA 2025 dan kita mengalu-alukan penyertaan syarikat besar kerana sebelum ini kebanyakan syarikat yang menyertai adalah yang bersaiz kecil dan sederhana.


“Jadi kita menggalakkan ramai penyertaan sebab kita mahu terutama membawa syarikat-syarikat domestik ke persada antarabangsa,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media dan temu bual bersama Pengarah MPC Sarawak mengenai inisiatif organisasi itu untuk memperkasakan produktiviti negara dan negeri  di Ibu Pejabat MPC Sarawak di sini, hari ini.

Sebagai organisasi yang bertanggungjawab dalam memacu produktiviti negara, Dr Mazlina berkata, MPC akan terus mempromosikan anugerah itu dan mengadakan sesi bimbingan MBEF kepada organisasi yang berminat.

“Usaha ini bertujuan memperluas penyertaan dan meningkatkan lagi standard kecemerlangan dalam kalangan organisasi di Sarawak.

“Sesi ini yang dirancang dengan teliti untuk memberi nilai tambah kepada semua pihak yang terlibat terutama kepada MPC bagi mempromosikan inisiatif dan program, yang saya percaya akan memberi manfaat bagi kecemerlangan organisasi di Sarawak.

“Dengan sokongan padu daripada semua pihak, saya yakin inisiatif dan program anjuran MPC ini akan dapat mencapai objektifnya sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara serta negeri secara keseluruhan,” ujarnya.

Dr Mazlina memberitahu, PSIEA yang dianjurkan setiap dua tahun sejak 2017 dengan kerjasama strategik Sarawak Business Federation (SBF) dan Kerajaan Sarawak menggunakan kriteria penilaian Rangka Kerja Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MBEF).

Katanya, syarikat atau organisasi yang memenangi anugerah itu berpeluang mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan iaitu Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.179386 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list