CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27594|Reply: 0

[Sarawak] LAS mulakan kerja pembinaan utama di sepanjang Jalan Salim Jumaat ini

[Copy link]
Post time 12-9-2024 10:20 AM | Show all posts |Read mode


Pelan lokasi pembinaan utama projek LAS sepanjang Jalan Salim di Sibu yang dijadualkan bermula Jumaat ini.

SIBU: Lembaga Air Sibu (LAS) akan memulakan kerja-kerja pembinaan utama di sepanjang Jalan Salim pada Jumaat ini.

Dalam satu kenyataan, LAS menyatakan projek itu adalah sebahagian daripada usaha menaik taraf Loji Salim daripada kapasiti 150 juta liter sehari (MLD) kepada 300 MLD untuk meningkatkan bekalan air di Sibu.

Menurut kenyataan itu, projek yang dijangka dilaksanakan selama enam bulan akan melibatkan pelbagai kerja pembinaan termasuk pemasangan paip MSCL berdiameter 1200mm, pelebaran jalan, penebangan pokok, pemancangan dan pembinaan ruang bawah tanah.

"Laluan terlibat meliputi kawasan dari kompleks beli-belah Sing Kwong hingga ke Bulatan Bukit Lima.

"Kerja-kerja akan dijalankan dua kali sehari iaitu dari jam 8 pagi hingga 5 petang dan jam 7 malam hingga 5 pagi," jelas kenyataan tersebut.

LAS turut menasihati pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati semasa melalui kawasan terbabit dan mematuhi segala langkah keselamatan disediakan termasuk papan tanda amaran dan had laju.

Sebarang perubahan kepada jadual kerja akan dimaklumkan oleh LAS dari semasa ke semasa.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 24 jam SWB di 013-8106311 atau melalui e-mel di [email protected].


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.076096 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list