CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 91846|Reply: 1

[Perlis] Jawatan sentiasa terdedah kepada risiko - Mufti Perlis

[Copy link]
Post time 14-9-2024 03:37 PM | Show all posts |Read mode
Jawatan sentiasa terdedah kepada risiko - Mufti Perlis

Aizat Sharif[email protected]







ASRI Zainul





Kangar: "Menjawat jawatan sebagai Mufti sentiasa terdedah kepada risiko."

Begitu luahan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini bahawa banyak perkara yang dipelajari ketika menjawat jawatan Mufti negeri.

"Apabila saya ditakdirkan menjawat kerusi Mufti, banyak hal yang saya belajar dari jawatan ini. Sementara bertindak menghadapi isu pula sentiasa terdedah kepada risiko.

"Tiada elaun, menuntut kesungguhan dan sikap tegar menyebabkan kemarahan pihak lain, mengorbankan wang dan tenaga sendiri dan pelbagai bebanan yang lain," katanya.

Katanya, antara perkara banyak dipelajarinya adalah bermesyuarat semata-mata dan bertindak menyelesaikan masalah hasil mesyuarat atau sebagainya.

"Perbezaan perjuangan antara bermesyuarat semata dengan bertindak menyelesaikan masalah hasil mesyuarat atau selainnya di mana mesyuarat itu penting, tetapi ia biasanya sangat mudah.

"Apatah lagi sebagai orang berjawatan, mesyuarat biasanya di tempat yang bagus, ada hidangan dan ada pula elaun.

"Lebih kerap mesyuarat, lebih banyak elaun, lebih banyak dapat makan dan kadang-kala boleh pula tidur di hotel yang bagus," katanya.

Beliau berkata, hidup ini bukan atas kerusi mesyuarat sahaja, sebaliknya satu perjuangan demi pengorbanan.

"Alangkah indahnya jika perjuangan ini semata hanya bermesyuarat, namun hidup ini bukan sahaja atas kerusi bilik mesyuarat tetapi hidup ini adalah perjuangan yang menuntut pengorbanan, kesakitan dan tindak balas pihak lain. Itulah sedikit yang saya dapat belajar dari jawatan kerdil saya ini," katanya.

Semalam, wajah Mohd Asri dan pendakwah yang juga Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Prof Dr Rozaimi Ramle pada papan tanda iklan milik Majlis Perbandaran Kangar di Bulatan Persiaran Jubli Emas, di sini, diconteng dengan tanda X menyebabkan polis kini sedang mengesan pelaku vandalisme berkenaan.

Pada Khamis lalu, Mohd Asri dalam kuliah hariannya di Masjid Alwi, di sini, mendedahkan isu membabitkan Global Ikhwan Services & Business Berhad (GISB) Holdings sudah dibentangkan kepada pelbagai pihak termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa, namun tiada tindakan diambil.



Disiarkan pada: September 14, 2024 @ 2:57pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1133846/jawatan-sentiasa-terdedah-kepada-risiko-mufti-perlis




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2024 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena hati kental hadap kecaman. Zaman sekarang xle hati tisu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.051360 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list