View: 15491|Reply: 2
|
[Johor]
60 pengunjung Kolam Puteri Gunung Ledang diselamatkan
[Copy link]
|
|
Seramai 60 pengunjung beriadah di Kolam Puteri, Gunung Ledang terkandas kerana arus deras setelah hujan lebat dipuncak gunung sebelum diselamatkan oleh anggota Balai Bomba Penyelamat (BBP) Tangkak tengahari tadi. FOTO AHMAD ISMAIL
Tangkak: Seramai 60 pengunjung yang terkandas di kawasan air terjun Kolam Puteri di Gunung Ledang akibat hujan lebat dan arus deras berjaya diselamatkan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam operasi penyelamatan yang berakhir pada 3.18 petang itu.
Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata, sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada 12.51 tengah hari.
"Semua pengunjung itu adalah warga tempatan dan tidak melibatkan kanak-kanak mahupun warga emas.
"Semua mereka berjaya diselamatkan menggunakan teknik 'rescue rope'," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Gunung Ledang sering menjadi tumpuan pendaki terutama ketika cuti umum dan hujung minggu bagi tujuan riadah dan rekreasi.
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
skg cuaca x menentu, mmg elak la g pantai or air terjun ni |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Seeloknya cuaca hujan elakkan mandi di air terjun. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|