CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41441|Reply: 0

[Sarawak] TERAS mahu jadi parti politik terbesar di Sarawak

[Copy link]
Post time 18-9-2024 04:53 PM | Show all posts |Read mode


Paul selaku mewakili bekas ahli PPBM (BERSATU) menyerahkan borang keahlian bagi menyertai Teras kepada Banyi (tengah) dalam majlis berkenaan malam semalam

BINTULU: Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) berhasrat mahu menjadi sebuah parti terbesar di Sarawak, kata Pengerusinya Affendi Jeman.

Menurutnya, dengan sambutan luar biasa dan kapasiti sedia ada, TERAS bakal menjadi pilihan rakyat negeri ini bagi menyuarakan kehendak serta aspirasi mereka.

"Parti kita (TERAS) adalah mesra Kerajaan MADANI dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di peringkat persekutuan dan negeri," ujarnya semasa berucap pada Malam Wawasan TERAS di Restoran Dinner World di sini, malam semalam.

Majlis berkenaan turut dihadiri kira-kira 1,000 ahli parti berkenaan yang terdapat di Bintulu.

Turut diadakan pada majlis terbabit ialah simbolik penyerahan borang keahlian bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bintulu bagi menyertai TERAS yang diserahkan Paul Emang kepada Presidennya Banyi Beriak.

Mengulas mengenai sambutan terhadap parti berkenaan Affendi berkata, TERAS akan meneruskan perjuangan parti bagi membela nasib rakyat di negeri ini selaras dengan perjuangan parti sebelum ini.

Jelasnya, TERAS sebagaimana parti lain di Malaysia dan Sarawak secara amnya merupakan salah satu parti politik yang telus dalam memperjuangkan nasib rakyat yang mana Barisan Nasional (BN) menjadi asas perjuangan TERAS.

"Justeru penjenamaan semula TERAS akan memastikannya terus kukuh di negeri ini berdasarkan sambutan daripada warga tempatan sepanjang siri jelajah yang diadakan parti berkenaan di negeri ini," tegasnya.

Beliau berpendapat majlis makan malam itu menunjukkan petanda jelas bahawa TERAS mendapat tempat di hati rakyat Sarawak khususnya di Bintulu.

Oleh yang demikian tegasnya, sambutan yang menggalakkan ini akan menjadi semangat dan kekuatan TERAS bagi menjenamakan semula parti yang masih mendapat sokongan kuat daripada penyokongnya selama ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.095073 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list