CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26522|Reply: 0

[Sarawak] Pustaka Sibu anjur Sarawak Children's Literature Festival 21 dan 22 Sept

[Copy link]
Post time 19-9-2024 06:14 AM | Show all posts |Read mode


Festival "Candy Fantasy Sweetlands," merupakan platform penting untuk meraikan bakat kanak-kanak dalam pelbagai bidang.

SIBU: Pustaka Negeri Sarawak, Sibu akan menganjurkan Sarawak Children's Literature Festival (SCLF) pada 21 dan 22 September 2024.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, festival ini akan diadakan dari jam 9 pagi hingga 5 petang di Pustaka Negeri Sarawak, Sibu dan akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad.

Festival tahunan ini, bertemakan "Candy Fantasy Sweetlands," merupakan platform penting untuk meraikan bakat kanak-kanak dalam pelbagai bidang.

“Program SCLF tahun ini akan menampilkan lebih daripada 50 rakan kerjasama yang terdiri daripada pelbagai agensi, syarikat, dan organisasi, serta jemputan khas pencerita dari luar negara,” kata kenyataan itu.

Antara aktiviti yang ditawarkan termasuk bengkel seni kraf, persembahan muzik, tarian, sesi bercerita, pertandingan, permainan, membuat pastri, pameran pendidikan dan banyak lagi.

Dengan lebih daripada 100 aktiviti yang bakal diadakan, festival ini bertujuan untuk memupuk kreativiti, mengasah bakat, dan membina kemahiran sosial dalam kalangan kanak-kanak, sambil menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.

Penyertaan ke festival ini adalah percuma dan terbuka kepada semua peringkat umur kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Perkhidmatan Penglibatan Komuniti, Pustaka Sibu di 019-8193440.

Pustaka Sibu berharap acara ini dapat memberikan pengalaman yang bermanfaat dan menyeronokkan kepada semua pengunjung, terutamanya kanak-kanak yang terlibat.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.058532 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list