CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38075|Reply: 0

[Johor] 75,000 siswa dapat manfaat Kad Siswa Johor mula Oktober - Onn Hafiz

[Copy link]
Post time 19-9-2024 05:32 PM | Show all posts |Read mode


Onn (tengah) bersama Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Azmi Rohani (kiri) dan EXCO Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin menunjukkan kad siswa Johor pada majlis MoU di Johor.  - NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

ISKANDAR PUTERI: Seramai 75,000 siswa anak Johor akan mendapat pelbagai manfaat dan diskaun menerusi inisiatif Kad Siswa Johor, yang akan bermula pada Oktober ini.

  Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata permulaan inisiatif kerajaan negeri menerusi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) itu mendapat kerjasama sembilan syarikat dengan pemberian diskaun pelbagai keperluan sehingga 20 peratus.

  Katanya, kira-kira 25,000 mahasiswa anak Johor yang layak memohon akan mendapat manfaat dari segi penyaluran Skim Bantuan Pendaftaran dan Pinjaman Pendidikan YPJ melalui Kad Siswa Johor ini.

  "Bagi diskaun melalui Kad Siswa Johor, ia dihasrat memberi manfaat kepada kira-kira 75,000 mahasiswa anak Johor di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Kolej YPJ, Kolej Komuniti dan Politeknik.

  "Setakat hari ini, sembilan syarikat bersetuju menawarkan diskaun kepada mahasiswa anak Johor melalui Kad Siswa Johor.

  "Penyerahan Kad Siswa Johor kepada penerima Skim Bantuan Pendaftaran dan Pinjam Pendidikan YPJ bermula selepas Majlis Menandatangani MoU hari ini (semalam) bermula di Kluang paada 20 September (esok), manakala Pelancaran diskaun melalui Kad Siswa Johor akan dilaksanakan Oktober depan," katanya.

  Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Kad Siswa Johor antara YPJ dengan sembilan syarikat di Kota Iskandar di sini, hari ini.

  Antara syarikat itu ialah KPJ Healthcare Berhad, QSR Brands (M) Holding Bhd.,Daily Fresh International Sdn Bhd, Al-Ikhlas Gadget, Woodfire Burger (M) Sdn Bhd, Farm Fresh Berhad, Badan Cemerlang Sdn Bhd, Legoland Malaysia dan Golden Screen Cinemas Sdn Bhd


  Dalam pada itu, Onn Hafiz berkata beliau sedang berbincang dengan kepimpinan negeri dan EXCO agar inisiatif baik ini dapat diperluaskan kepada pelajar rendah dan tingkatan memandangkan ia menyediakan pelbagai manfaat terutama dari segi diskaun kepada pemegang Kad Siswa Johor.

sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.438811 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list