CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10597|Reply: 0

[Sarawak] Dua individu disyaki terlibat dadah diberkas di Sri Aman

[Copy link]
Post time 20-9-2024 10:51 AM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan

KUCHING: Dua individu diberkas apabila disyaki terlibat kegiatan penyalahgunaan dadah di Sri Aman pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mathew Manggie berkata suspek, seorang lelaki, 33, dan wanita, 24, ditangkap dalam operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman.

“Suspek lelaki ditahan untuk pemeriksaan pada jam 8.20 pagi dan hasil pemeriksaan ke dalam beg yang disandang suspek telah menjumpai satu peket plastik berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Hasil ujian saringan air kencing suspek didapati positif amphetamine dan methamphetamine,” katanya menerusi satu kenyataan, pada Rabu.

Tambahnya, manakala suspek wanita yang juga diarahkan menjalankan saringan air kencing kerana disyaki penagih dadah sekitar jam 9 pagi didapati positif.

“Hasil saringan awal polis didapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya.

Kedua-dua suspek ditahan di lokap Balai Polis Sri Aman.

Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.337227 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list