CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10243|Reply: 0

[Sarawak] JSJN Sarawak lupus barang kes dadah dan racun bernilai RM2.6 juta

[Copy link]
Post time 20-9-2024 11:12 AM | Show all posts |Read mode


Mancha (dua kanan) bersama Ibrahim menunjukkan bungkusan dadah yang akan dilupuskan di Trienekens.-Gambar Mohd Faisal Ahmad

KUCHING: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak melupuskan barang kes dadah dan racun dianggarkan bernilai RM2.6 juta hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata dadah dan racun tersebut dilupuskan menggunakan kaedah Loji Rawatan Termal (Insinerator) di Kuching Integrated Waste Management Park (Trienekens).

Menurutnya, pelupusan barang kes ini dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 406A dan 407 Kanun Prosedur Jenayah.

“Pelupusan barang kes ini melibatkan 7,478 kes tahun 2017 hingga 2024 yang disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952 yang telah selesai siasatan dan perbicaraan mahkamah di 20 daerah di Sarawak.

“Nilai keseluruhan barang kes tersebut berjumlah sekitar RM2,643,089,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, hari ini.

Turut sama dalam sidang media tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Ibrahim Darus dan Ketua JSJN Sarawak ACP Mustafa Kamal Gani.

Tambahnya barang kes yang dimusnahkan ialah serbuk ekstasi (23,168.66 gram); syabu (17,131.03 gram); ganja (12,293.46 gram); daun ketum (8,500 gram); pil erimin 5 (2,421.01 gram); pil nospan (1,982.64 gram); ketamin (724.95 gram); pil ekstasi (132.38 gram); air ketum (85.70 liter) dan botol urin (6,585 botol).


Mancha bersama pegawai kanan IPK melihat barang-barang kes yang akan dilupuskan hari ini. - Gambar Mohd Faisal Ahmad.

“JSJN bertekad memerangi habis-habisan dadah musuh negara dan berharap masyarakat akan dapat terus memberi kerjasama,” ujarnya.

Katanya, apa-apa maklumat berkaitan kegiatan dadah boleh disalurkan terus ke talian hotline JSJN di talian 012-2087222.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.136061 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list