CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17109|Reply: 0

[Sabah] Karya agung puisi Datuk Seri A. Samad Said di pentas antarabangsa

[Copy link]
Post time 20-9-2024 03:25 PM | Show all posts |Read mode


IRYANDA MULIA

KUALA LUMPUR: Setelah menunggu selama lebih dua dekad, akhirnya Sasterawan Negara Datuk Seri A. Samad Said memberi kebenaran kepada Pertubuhan Seni Nusantara (NuArt) dan Titian Teater Ilham Seni (TITIS) mementaskan teater yang diadaptasi daripada puisinya, Rumah Kosong.

Pengarahnya, Iryanda Mulia Ramly berkata, Rumah Kosong yang telah melalui proses penyusunan penceritaan selama lebih 20 tahun itu akan dipentaskan di Singapura pada 20 dan 21 September ini.

“Naskhah ini telah melalui beberapa fasa yang panjang dan sentiasa dirujuk kepada Pak Samad.

"Akhirnya beliau sendiri merasakan sudah tiba masanya untuk merestui naskah ini. Setelah dipersetujui, barulah kami boleh teruskan projek pementasan ini,” katanya selepas majlis pratonton teater itu di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka di sini.

Majlis itu turut dihadiri oleh Pak Samad, Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato Ahmad Wafi Harussan, dan Timbalan Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Mohd. Khair Ngadiron.

Iryanda Mulia berkata, teater yang diadaptasi daripada Kumpulan puisi Benih Harapan karya Sasterawan Negara itu merupakan satu langkah penting dalam usaha memperluaskan pengaruh sastera Malaysia dan memperkenalkan karya agung Sasterawan Negara kepada khalayak antarabangsa.

“Persembahan di Singapura itu dibuat atas undangan khas Variasi Performing Arts sempena RUANG II-Rentas Sastera Nusantara selepas mereka menonton teater itu semasa kami mementaskannya buat kali pertama di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai pada Oktober tahun lepas.

"Mereka telah jatuh hati dengan naskah ini dan mengundang kami untuk membuat pementasan di sana,” katanya.

Beliau berkata, walaupun naskhah itu berlatarbelakangkan zaman sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua, namun apa yang ditulis dalam kumpulan puisi itu masih relevan dengan isu semasa dan boleh dipegang sebagai peringatan hidup masyarakat.

“Pementasan ini menyingkap pengalaman manusia seperti harapan seorang ibu yang menanti kepulangan anak, rintihan seorang kekasih yang merindukan kehidupan berkeluarga serta kekecewaan seorang lelaki yang mendambakan keamanan di tengah-tengah kehancuran perang.

“Rumah Kosong, lakonan Dila Abdul Halim, Fazreen Mohd, Shasha Masella, Syura Hazmi dan Azwan Ahmadi, menggabungkan puisi yang penuh emosi dengan seni persembahan teater untuk menyentuh pelbagai aspek naluri kemanusiaan yang relevan untuk masyarakat hari ini.

"Kami berharap pementasan ini akan menjadi jendela kepada dunia untuk melihat betapa kuatnya pengaruh sastera Malaysia dalam merakamkan peristiwa sejarah serta emosi kemanusiaan,” katanya.

Pementasan itu disokong oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA), Tenaga Nasional Berhad, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Indah Water Konsortium.

Selain Rumah Kosong, RUANG II-Rentas Sastera Nusantara turut menampilkan teater Bayangan oleh Variasi Performing Arts (Singapura) dan Srikandi Jiwa oleh Sanggar Seni Lembayung (Indonesia).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.112626 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list