DIKEHENDAKI: Suspek dikehendaki dipercayai terlibat dalam kes bunuh di Jalan Lingkudau di sini.
KENINGAU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau giat mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh di Jalan Lingkudau di sini malam tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Alizam Dalaman berkata, suspek lelaki warga asing dikenal pasti sebagai Abdul Razak yang beralamat di Kampung Lingkudau, Keningau.
“Polis meminta kerjasama orang ramai mengesan suspek dan sesiapa yang mempunyai maklumat saspek ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Mohd Azrul Efizul Mohd Asri di talian 012-9293148.
“Maklumat juga boleh disalurkan dengan tampil ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Terdahulu, seorang lelaki yang bertindak membantu jiran membuat laporan polis berakhir tragedi apabila ditetak dalam kejadian di Jalan Lingkudau di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa berusia 58 tahun dilaporkan maut akibat cedera parah di tangan selepas ditetak oleh suami jiran yang dibantunya.
|