CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51600|Reply: 0

[Sabah] Percepatkan pembinaan sistem saliran monsun Sungai Tawau

[Copy link]
Post time 21-9-2024 09:56 PM | Show all posts |Read mode


SARIFUDDIN

TAWAU: Kerajaan digesa supaya mempercepatkan pembinaan sistem saliran monsun Sungai Tawau bagi menangani masalah banjir yang semakin kerap berlaku di daerah ini dan sekitarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merotai, Sarifuddin Hatta berkata, pembinaan sistem saliran monsun Sungai Tawau adalah langkah terbaik bagi mencegah banjir setiap kali berlakunya musim hujan.

Katanya, baru-baru ini beberapa kawasan di sekitar bandar Tawau mengalami banjir kilat dan memberi impak besar terhadap kehidupan penduduk serta ekonomi setempat.

“Dalam beberapa tahun ini, masalah banjir di daerah Tawau semakin memburuk terutamanya pada musim hujan kerana air sungai akan melimpah keluar.

“Keadaan itu menyebabkan banyak rumah, kawasan perniagaan dan ladang-ladang yang akan ditenggelami banjir,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, projek ini tidak boleh lagi ditangguhkan kerana setiap kali banjir berlaku akan menyebabkan kerugian besar, selain mengancam keselamatan penduduk.

“Walaupun kerajaan telah mengambil langkah-langkah sementara untuk menangani banjir, namun ia hanya memberi penyelesaian jangka pendek dan bukannya menyeluruh.

“Justeru, kerajaan perlu mempercepatkan perancangan dan pelaksanaan sistem saliran monsun Sungai Tawau supaya mengurangkan risiko bencana pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata, penduduk di kawasan Merotai dan seluruh Tawau sudah lama menderita akibat masalah banjir terutamanya musim tengkujuh.

“Kerajaan perlu memberikan tumpuan kepada pembinaan infrastruktur saliran dengan lebih efektif bagi memastikan kawasan ini tidak dilanda banjir lagi,” katanya.

Sementara itu, Sarifuddin turut mencadangkan agar kerajaan memperkukuhkan sistem pengurusan bencana termasuk meningkatkan sistem amaran awal banjir dan langkah-langkah kecemasan.

“Banjir sering berlaku secara mendadak terutamanya selepas hujan lebat dan tanpa sistem kecemasan yang berkesan sudah pasti kerugian akan lebih teruk.

“Saya menggesa kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya sentiasa bersiap sedia dengan langkah pencegahan yang mencukupi,” katanya.

Beliau memberi jaminan bahawa dia akan terus berjuang demi kepentingan penduduk Merotai dan Tawau terutamanya dari segi infrastruktur yang lebih baik.

“Saya akan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa yang berkaitan bagi memastikan pembinaan sistem saliran monsun Sungai Tawau berjalan dengan lancar.

“Kita berharap kerajaan dapat segera bertindak bagi memenuhi permintaan penduduk yang mahukan penyelesaian jangka panjang, sekaligus memastikan persekitaran yang lebih selamat,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.054829 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list