CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13749|Reply: 0

[Sarawak] Waspada maklumat transaksi tidak dikenali

[Copy link]
Post time 23-9-2024 04:40 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man (gambar) menyeru semua pengguna agar sentiasa berwaspada, berhati-hati terhadap maklumat transaksi tidak dikenali dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa.

"Dengan kerjasama semua pihak, kami yakin hak pengguna dapat dilindungi dengan lebih baik dan kejadian penipuan seperti ini dapat dicegah," katanya.

Pada sesi Parlimen akan datang, beliau akan meminta kerajaan terus meningkatkan tahap keselamatan bagi melindungi keselamatan kewangan rakyat.

Menurut Chiew, baru-baru ini kes melibatkan penggunaan kad kredit tanpa kebenaran untuk menambah nilai dalam e-dompet telah menarik perhatian ramai.

Sehubungan itu, beliau berhubung dengan syarikat Touch 'n Go eWallet untuk mendapatkan pemahaman lebih mendalam mengenai operasi platform tersebut serta langkah-langkah diambil bagi melindungi keselamatan pengguna.

"Kami sedar keselamatan kewangan pengguna adalah isu utama diberi perhatian oleh semua pihak, justeru kami ingin mengetahui bagaimana Touch 'n Go eWallet memperkukuh sistem keselamatannya," jelas beliau dalam kenyataan semalam.

Menurut maklumat diberikan oleh Touch 'n Go eWallet, sejak Mac 2023 mereka telah melaksanakan lima langkah keselamatan wajib seperti diarahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Di samping itu, Touch 'n Go eWallet juga menawarkan polisi jaminan pemulangan wang memastikan sekiranya berlaku transaksi tanpa kebenaran bukan berpunca daripada kecuaian pengguna, wang tersebut dikembalikan dalam tempoh 30 hari.

"Langkah-langkah ini dijangka dapat memberi jaminan tambahan terhadap keselamatan kewangan pengguna," katanya.

Menurut Chiew, pada masa sama Touch 'n Go eWallet juga menyatakan mereka terus bekerjasama rapat dengan penguat kuasa undang-undang dan aktif menyertai projek Portal Anti-Penipuan Kebangsaan (NFP) dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia dan syarikat rangkaian pembayaran (PayNet).

Melalui penyertaan dalam NFP, pihak-pihak berkenaan dapat menangani kes penipuan dilaporkan dengan lebih pantas sekali gus meningkatkan peluang untuk mendapatkan semula wang yang hilang.

Beliau merakamkan penghargaan kepada Touch 'n Go eWallet atas kerjasama yang diberikan semasa pertemuan dan menyokong usaha mereka untuk terus memperkukuh sistem keselamatan.

Touch 'n Go eWallet komited meningkatkan tahap keselamatan platform mereka bagi memastikan pengguna mendapat perlindungan lebih baik semasa menggunakan eWallet tersebut.

"Kami juga difahamkan Touch 'n Go eWallet terus bekerjasama rapat dengan polis dalam membantu siasatan kes-kes penipuan berkaitan," jelasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.274493 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list