CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12193|Reply: 0

[Sarawak] Tiada tindakan undang-undang terhadap Sarawak

[Copy link]
Post time 25-9-2024 08:53 AM | Show all posts |Read mode


Abang Johari berbual mesra dengan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz semasa mesyuarat antara ketiga-tiga pihak itu di Wisma Bapa Malaysia hari ini. -Gambar Pejabat Premier Sarawak
Petronas sahkan mempertimbang untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Sarawak dan PETROS

Oleh Patricia Gari

KUCHING: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) hari ini mengesahkan syarikat itu mempertimbang untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Sarawak dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).

Perkara itu disahkan dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan melalui Pejabat Premier Sarawak hari ini susulan mesyuarat antara Kerajaan Sarawak, Petronas dan PETROS di sini hari ini.

"Kerajaan Sarawak, Petronas dan PETROS mengesahkan bahawa perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak kini adalah berterusan antara pihak-pihak terlibat dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

"Adalah disahkan bahawa tiada tindakan undang-undang sedang dipertimbangkan oleh Petronas terhadap Sarawak dan PETROS," katanya kenyataan bersama itu.

Kenyataan bersama itu juga menambah: "Semua pihak menghormati dan mematuhi undang-undang persekutuan dan negeri berhubung perkara ini."

Baru-baru ini Channel News Asia (CNA) melaporkan bahawa Petronas sedang mempertimbang untuk memfailkan injunksi mahkamah untuk mengekalkan syarikat itu sebagai 'penjaga' tunggal sumber minyak dan gas Malaysia.

CNA memetik pegawai kerajaan yang rapat dengan situasi itu sebagai berkata langkah sedemikian dicadangkan berikutan Sarawak menentukan untuk mengawal lebih besar perdagangan dan dan pengekstrakkan gas serta produk lain berkaitan minyak di negeri ini.

Difahamkan injunksi mahkamah itu akan menghentikan sementara sebarang tindakan yang boleh diambil oleh Sarawak.

CNA juga melaporkan, melainkan Kerajaan Sarawak memutuskan untuk menyambung semula rundingan dengan Petronas berhubung kawalan sumber asli, pertikaian itu boleh menjadi 'pertempuran' hebat di mahkamah.

CNA juga mendakwa seorang pegawai kanan yang namanya enggan disiarkan memberitahu agensi itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tuntutan Sarawak itu diuruskan "di peringkat korporat (dengan Petronas) tanpa melibatkan kerajaan ‘ersekutuan".

Mereka bagaimanapun, berkata 'tiada jalan tengah' dicapai antara Petronas dan Kerajaan Sarawak.

Malah menurut CAN Sarawak telah mengeluarkan kata dua kepada Petronas untuk memuktamadkan perjanjian yang memberikan hak penuh kepada negeri ini menyelia perdagangan minyak dan gas yang diekstrak dari negeri ini menjelang 1 Oktober.

Sementara itu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata PETROS dan Petronas masih dalam proses rundingan berkaitan penyeliaan perdagangan minyak dan gas malah menegaskan tempoh akhir bagi perbincangan kedua-dua belah pihak itu masih kekal sebelum 1 Oktober tahun ini.

"PETROS akan bekerjasama dengan Petronas dalam pembangunan aktiviti huluan dan hiliran. Inilah sebabnya saya katakan bahawa ia (media) mungkin telah disalah maklum atau (mendapat) data atau input salah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan APPEC 2024 di Singapura pada 9 September lalu.
Abang Johari turut menegaskan: "Tiada sebarang isu antara kami dengan Petronas”.

Beliau juga memberitahu tidak mengetahui mengenai kemungkinan Petronas mengambil tindakan undang-undang dan berkata: "Kami tidak tahu menahu mengenainya. Anda kena tanya Petronas mengenai perkara itu".




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.371456 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list