CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17280|Reply: 0

[Sabah] SESB laksana projek ‘Fast Track’ tingkatkan rizab penjanaan Sabah

[Copy link]
Post time 25-9-2024 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 25-9-2024 02:12 AM



PROJEK: Lokasi projek di Pencawang Masuk Utama (PMU) Langsat, Kimanis.

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) diberikan kelulusan untuk melaksanakan projek pemasangan loji janakuasa gas bertujuan meningkatkan rizab kapasiti penjanaan di Grid Sabah.

SESB baru-baru ini telah menerima Letter of Notitication (LoN) daripada Energy Commission of Sabah (ECoS) bagi kerja-kerja pembekalan dan pemasangan penjana tarbin gas.

Projek itu berkapasiti sebanyak 94 Megawatt (MW) yang akan bermula pada September 2024 dan dijangka siap untuk di mula tugas pada bulan Jun tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, projek loji janakuasa berasaskan gas itu adalah antara inisiatif jangka masa pendek yang perlu dilaksanakan berdasarkan kepada Pelan Pembangunan Penjanaan yang telah diluluskan Majlis Tenaga Sabah (MTS).

Katanya, lokasi projek itu adalah di daerah Kimanis dan loji janakuasa gas berkenaan akan disambungkan ke sistem Grid Sabah dengan menggunakan injection point di Pencawang Masuk Utama (PMU) Langsat, Kimanis.

“Keperluan untuk melaksanakan projek Fast Track ini amat kritikal bagi memastikan kapasiti penjanaan yang mencukupi dan menjamin kestabilan sistem Grid Sabah,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.039764 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list