CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19744|Reply: 0

[Sarawak] Semua penolong ketua kontinjen Sarawak perlu pastikan atlet mendapat pingat emas

[Copy link]
Post time 26-9-2024 01:29 PM | Show all posts |Read mode


Mohd Razi ketika ditemui media selepas majlis penyampaian pingat untuk acara olahraga pada Para SUKMA XXI 2024 di Stadium Sarawak hari ini.

KUCHING: Semua penolong ketua kontinjen Sarawak perlu memastikan atlet mendapat pingat emas dalam acara masing-masing.

Ketua Kontinjen Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak Datuk Mohd Razi Sitam berkata, ia bagi memastikan Sarawak kekal mendominasi di tangga teratas ketika ini.

“Kita telah minta semua penolong ketua kontinjen Sarawak supaya terus konsisten memberi semangat kepada atlet bagi memastikan misi merangkul gelaran juara kali ke-14 pada Para SUKMA Ke-21 menjadi kenyataan.

“Ini termasuk memberi perhatian dari segi kesihatan dan emosi atlet untuk terus menunjukkan penampilan  lebih baik dalam acara seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian pingat untuk acara olahraga pada Para SUKMA XXI 2024 di Stadium Sarawak di sini, hari ini.

Selain itu, Mohd Razi turut menggesa atlet para Sarawak untuk menggunakan tempoh masa yang ada terutama bagi mereka yang akan berentap dalam acara masing-masing selepas ini.

“Hari ini kita telah mencapai melebihi separuh daripada 83 pingat emas yang disasarkan sebelum ini.

“Justeru saya yakin Sarawak dapat mengekalkan momentum ini dan dapat menyaksikan gelaran juara didakap sepenuhnya,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.048099 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list