CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13446|Reply: 0

[Sabah] Pelancongan sukan dan kembara berpotensi pelbagaikan landskap pelancongan Sabah

[Copy link]
Post time 28-9-2024 11:46 AM | Show all posts |Read mode


MOU: MoU bagi menarik lebih ramai pengunjung mendalami keunikan pelancongan sukan dan pengembaraan yang ada di Sabah.



KERJASAMA: Xplore Sabah turut menandatangani MoU untuk membudayakan sukan dan permainan dalam kalangan sekolah tempatan dan antarabangsa.

KOTA KINABALU: Pelancongan sukan dan pengembaraan berpotensi untuk mempelbagaikan landskap pelancongan Sabah dengan lebih ketara.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, dengan menarik demografi pengembara baharu mampu memberikan pengalaman yang aktif dan menarik seterusnya meningkatkan lagi reputasi Sabah sebagai destinasi utama untuk pengunjung dari seluruh dunia.

“Saya gembira melihat penglibatan warga sekolah tempatan dan antarabangsa dalam membangunkan program sukan dan permainan untuk belia Sabah.

“Inisiatif ini bukan sahaja menggalakkan kesihatan dan kecergasan tetapi juga mewujudkan peluang untuk atlet masa depan memupuk budaya sukan yang bertenaga dalam komuniti kita.

“Dengan penganjuran acara sukan dan pengembaraan antarabangsa, Xplore Sabah berpotensi menjana manfaat ekonomi yang ketara untuk Sabah selain menarik lebih

pelancong, mencipta peluang pekerjaan, dan meningkatkan perniagaan tempatan,” katanya semasa berucap pada pelancaran Xplore Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

Text ucapannya dibacakan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian I Mary Malangking.

Bercakap lanjut beliau berkata, kebaikan ini akan mewujudkan kesan jangka panjang yang positif kepada ekonomi negeri kerana meletakkan Sabah sebagai sebuah
destinasi utama dalam sektor ini.

“Sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, saya ingin memberi jaminan bahawa pihak kementerian komited sepenuhnya untuk menyokong Xplore Sabah dan lain-lain inisiatif yang berkaitan.

“Kita akan menyediakan sumber dan bantuan yang diperlukan untuk memastikan kejayaan program dan visi kami untuk Sabah adalah untuk menjadi destinasi yang terkenal dalam pelancongan sukan dan pengembaraan.

“Dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan serta komuniti, saya yakin usaha ini boleh membantu mencapai matlamat dan Xplore Sabah akan berkembang menjadi acara yang diiktiraf di peringkat global,

menarik peserta dan pengunjung dari luar negara mengenali Sabah dengan lebih dekat,” katanya.

Xplore Sabah adalah inisiatif perintis yang bertujuan untuk meletakkan Sabah sebagai destinasi utama untuk pelancongan sukan dan pengembaraan yang akan diadakan pada 11 hingga 13 Oktober di Aras 2 SICC).

Xplore Sabah akan menyediakan lebih 100 gerai pameran daripada vendor produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan sukan, pengembaraan luar, pelancongan, kecergasan dan kesejahteraan.

Ekspo ini juga akan mengadakan kejohanan sukan seperti Bola Keranjang 3X3 dan Kejohanan Futsal Bawah bawah sembilan tahun yang menganggarkan kehadiran 20,000 pengunjung dalam dan luar negara yang berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sepanjang acara diadakan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penganjur dan Pembekal Persidangan dan Pameran Malaysia (MACEOS) Sabah Chapter Datuk Dr Rosmawati Lasuki berkata, Xplore Sabah menyahut cabaran menganjurkan acara kreatif dan inovatif di Sabah dan ia mewakili satu langkah penting ke hadapan dalam usaha meletakkan Sabah sebagai destinasi utama untuk kedua-dua acara perniagaan serta pelancongan sukan dan pengembaraan.

“Inisiatif ini menyerlahkan komitmen untuk mempamerkan keindahan alam semula jadi yang menakjubkan dan potensi pengembaraan yang luas sebagai objektif utama Xplore Sabah.

“Usaha ini bukan sahaja mempromosikan negeri kita sebagai destinasi pengembaraan dan pelancongan sukan yang unggul tetapi juga meningkatkan keterlihatan Sabah di persada global.

“Impak Xplore Sabah terhadap ekonomi sabah tidak boleh dipertikaikan dan acara ini memberikan rangsangan yang ketara kepada sektor pelancongan dan perniagaan tempatan kita dengan tarikan kehadiran pengunjung yang minat terhadap pengembaraan dan sukan, peluang baharu untuk perusahaan tempatan dan menjana pekerjaan dapat diwujudkan,” katanya.

Tambahnya, kejayaan ini akan mengukuhkan lagi ekonomi negeri dan memupuk pertumbuhan jangka panjang, kejayaan Xplore Sabah akan membuka jalan kepada lebih banyak acara yang akan terus mempamerkan tawaran unik sabah dan memacu pembangunan ekonomi.

“Saya mengharapkan lebih banyak kerjasama dan inisiatif masa depan yang akan mengukuhkan lagi reputasi Sabah sebagai hab perniagaan dan pelancongan.

“Pelbagai acara yang bakal dilaksanakan juga bukan sahaja akan menarik perhatian global tetapi juga memupuk perkongsian dengan badan kerajaan, sektor swasta dan pihak berkepentingan antarabangsa, usaha ini akan membawa lebih banyak acara global ke Sabah dan mengukuhkan kedudukan negeri ini sebagai destinasi utama pengunjung,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Perhubungan Awam JUMPA Dinoza Mahruf berkata, Xplore Sabah yang diadakan bersempena dengan Karnival Malaysia adalah pintu masuk kepada rakyat Sabah untuk mengetahui aktiviti luar yang menarik yang ditawarkan oleh negeri kita.

Katanya, acara selama tiga hari ini akan membawa pengunjung menerokai Sabah dan menemukan keajaiban alam semula jadi dan aktiviti sukan serta pengembaraan yang mendebarkan, Xplore Sabah juga akan menjadi acara yang tidak dapat dilupakan oleh semua orang!

Pada program sama, Xplore Sabah turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Padang Kontena, Persatuan Bola Keranjang Kota Kinabalu, Waterfly Borneo dan Sekolah Antarabangsa Kinabalu dan Persatuan Sekolah Antarabangsa untuk membudayakan sukan dan permainan dalam kalangan sekolah tempatan dan antarabangsa.

Kerjasama ini turut mendapat sokongan Dewan Perdagangan dan Industri Cina Kota Kinabalu (KKCCCI) yang mewakili lapan sekolah, dihadiri Presidennya Datuk Michael Lui, MoU ini juga menyasarkan untuk menarik minat peserta antarabangsa dari negara seperti Taiwan, Korea, China, Brunei, Indonesia dan Filipina dengan menganjurkan kejohanan kompetitif dan mempamerkan tarikan unik di Sabah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.044137 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list