CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22181|Reply: 0

[Sarawak] Penganjuran Karnival Tok Bok Nyo! 2.0 dipuji, eratkan penduduk kampung

[Copy link]
Post time 1-10-2024 11:40 PM | Show all posts |Read mode


Idris menyampaikan hadiah kepada pemenang bertuah berupa motosikal.

KOTA SAMARAHAN: Penganjuran Karnival Tok Bok Nyo! 2.0 dipuji kerana mampu memperkasakan dan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan komuniti setempat terutamanya golongan belia untuk bergiat aktif dalam aktiviti sihat sekali gus mencegah anak muda terjerus dalan kancah dadah.

Timbalan Speaker Dewan Undang Negeri Dato Idris Buang berkata, karnival anjuran Skuad Antidadah Bahagian Samarahan itu dapat menghimpunkan masyarakat setempat terutamanya anak muda untuk bersama-sama menjalankan aktiviti sihat.


Idris merakam gambar bersama kanak-kanak yang menyertai pertandingan baju tradisional.

"Penganjuran karnival ini amat baik untuk kita merapatkan hubungan silaturahim penduduk kampung terutamanya golongan belia kita dengan lebih erat lagi dan agar mereka ini terlibat dalam aktiviti kampung yang bermanfaat sekali gus mencegah mereka terlibat dalam najis dadah yang boleh merosakan mereka.

"Isu dadah amat membimbangkan dan sebab itu saya amat menyokong penganjuran program seumpama ini agar kita dapat mengajak masyarakat terutamanya anak muda kita terlibat sama dalam aktiviti berfaedah ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Karnival Tok Bok Nyo! 2.0 di Dewan Suarah Kota Samarahan, malam Ahad.


Hayati menyempurnakan simbolik perasmian Karnival Tok Bok Nyo! 2.0 di Dewan Suarah Kota Samarahan.

Pada majlis itu, Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang turut mengumumkan geran sebanyak RM10,000 untuk dana suntikan penganjuran karnival itu.

"Untuk tahun depan, insya-Allah, saya meluluskan geran RM20,000 untuk menganjurkan karnival ini agar lebih ramai yang dapat terlibat sama bagi menjayakannya," ujarnya.

Terdahulu, pada majlis perasmian, Penolong Pegawai Daerah Kota Samarahan Hayati Sahari yang mewakili imbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang turut memuji penganjuran karnival itu.

"Saya memuji penganjuran karnival ini kerana ini merupakan langkah proaktif dalam meningkatkan jaringan dan hubungan dalam komuniti untuk lebih erat dalam masa sama membantu mencegah golongan belia daripada terlibat dalam aktiviti tidak sihat termasuk dadah.



Suasana sekitar Karnival Tok Bok Nyo! 2.0 di Dewan Suarah Kota Samarahan.

"Dengan karnival ini juga dapat membina sebuah komuniti yang prihatin dalam menangani masalah dadah di Kota Samarahan ini," ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Karnival Tok Bok Nyo! 2.0 yang juga Pengerusi Skuad Antidadah Bahagian Samarahan Junaidi Kaderi berkata, karnival itu dianjurkan dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tanjung Bundung Tradisi, Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3, Komuniti MADANI Kampung Tanjung Bundong, AADK Samarahan, Jabatan Penerangan Samarahan dan OSC MIDS Samarahan.


Suasana sekitar Karnival Tok Bok Nyo! 2.0 di Dewan Suarah Kota Samarahan.

"Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan karnival kali ini termasuk para peserta yang menyertai pelbagai aktiviti yang kita sediakan sepanjang karnival ini," ujarnya.

Pada karnival itu, pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti pertandingan menganyam ketupat, sukaneka, kuih tradisional, gubahan bunga, karaoke, Mobile Legend, pertandingan mewarna kanak-kanak, cabutan bertuah dan sebagainya.


Suasana sekitar Karnival Tok Bok Nyo! 2.0 di Dewan Suarah Kota Samarahan.


Suasana sekitar Karnival Tok Bok Nyo! 2.0 di Dewan Suarah Kota Samarahan.


Suasana sekitar Karnival Tok Bok Nyo! 2.0 di Dewan Suarah Kota Samarahan.


Suasana sekitar Karnival Tok Bok Nyo! 2.0 di Dewan Suarah Kota Samarahan.


Suasana sekitar Karnival Tok Bok Nyo! 2.0 di Dewan Suarah Kota Samarahan.


Suasana sekitar Karnival Tok Bok Nyo! 2.0 di Dewan Suarah Kota Samarahan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.059357 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list