CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22421|Reply: 0

[Sarawak] RIB 2024 platform terbaik pelajari kaedah negara-negara lain tangani wabak rabies

[Copy link]
Post time 1-10-2024 11:59 PM | Show all posts |Read mode


Gambar fail

KUCHING: Persidangan Rabies di Borneo (RIB) 2024 merupakan platform terbaik untuk mempelajari kaedah negara-negara lain dalam menangani wabak rabies.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom (gambar) berkata, rabies merupakan isu kesihatan yang serius dan dihadapi di seluruh dunia.

Di Sarawak katanya, usaha untuk menghapuskan wabak rabies sepenuhnya adalah perkara yang sukar namun tidak mustahil untuk dilakukan terutama dalam mencapai matlamat sifar rabies menjelang 2030.

“Oleh itu, kita perlu berkongsi pengetahuan dan bekerjasama dengan negara-negara yang telah mencapai kejayaan hampir 100 peratus atau sepenuhnya dalam membasmi rabies di negara mereka.

“Kita perlu mengetahui apa yang mereka lakukan, bagaimana mereka melakukannya dan bagaimana kita dapat mencontohi pencapaian mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian RIB 2024 yang disempurnakan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) Datu Dr Adrian Susin Ambud serta tetamu kehormat lain.

Dr Rundi berkata, persidangan selama dua hari ini mengumpulkan pakar dari seluruh dunia untuk berkongsi pengalaman, idea dan pandangan mereka dalam menangani wabak rabies.

Pakar-pakar itu adalah dari Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, India, Australia dan Brazil.

“Kematian akibat rabies kebanyakannya berlaku di negara-negara Asia dan maka itu, sudah tiba masanya untuk kita sama-sama bekerjasama dalam usaha membasmi wabak ini,” ujarnya.

Selain itu tambah beliau, penguatkuasaan undang-undang juga perlu dilaksanakan bagi memastikan semua rakyat Sarawak selaras dengan cita-cita kerajaan untuk mencapai sifar rabies menjelang 2030.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.051527 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list