CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23330|Reply: 0

[Sarawak] KKM akan teliti dengan cermat insiden kepulan asap di HUS

[Copy link]
Post time 2-10-2024 12:26 AM | Show all posts |Read mode


Lukanisman ketika ditemui di HUS, hari ini. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneliti dengan cermat insiden kepulan asap yang berlaku di Klinik Pakar, Hospital Umum Sarawak (HUS) hari ini dengan mengambil kira bangunan itu sudah agak berusia.

Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni berkata KKM masih menunggu laporan penuh daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhubung kejadian itu bagi menentukan tindakan susulan sewajarnya diambil.

"Saya difahamkan berlaku sedikit kerosakan pada unit pengendalian udara (AHU), yang menjejaskan semua sistem pengudaraan dan sistem pendingin hawa. Pihak bomba sedang mengenal pasti kerosakan yang berlaku ketika ini.

"Saya tidak dapat menjelaskan dengan lanjut isu teknikal secara lebih spesifik tetapi ia tidak melibatkan kebakaran," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata KKM menerusi syarikat konsensi akan menentukan sama ada kerja-kerja pembaikan perlu dilakukan berdasarkan laporan penuh bomba.

"Kita bernasib baik kerana sistem amaran kebakaran berfungsi dengan baik, hanya beberapa bulan lalu pihak klinik dan hospital telah menjalankan latihan kecemasan kebakaran.

"Semasa insiden tadi, proses memindahkan para pesakit berjalan lancar. Tidak ada sebarang kecederaan melibatkan pesakit, kakitangan kesihatan serta fasiliti di sini," katanya.

Menurutnya kejadian itu berlaku kira-kira ham 1.15 petang dan pesakit terus diarah keluar meninggalkan bangunan berkenaan.

"Proses memindahkan para pesakit berjalan lancar dan mengambil masa selama 45 minit. Keadaan kembali pulih kira-kira jam 2 petang, kini semua urusan di Klinik Pakar HUS berjalan seperti biasa," tambahnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.287782 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list