CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29391|Reply: 0

[Sarawak] Orang ramai dijemput hadir ke Pameran Sarawakiana: Dialek atau Bahasa Sarawak

[Copy link]
Post time 3-10-2024 10:52 PM | Show all posts |Read mode


Poster Pameran Sarawakiana: Dialek atau Bahasa Sarawak.

KUCHING: Orang ramai dijemput hadir ke Pameran Sarawakiana: Dialek atau Bahasa Sarawak di Bilik Koleksi Khas, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak bermula 7 Oktober hingga 31 Disember 2024.

Menurut satu kenyataan hari ini, kemasukan ke pameran tersebut adalah percuma dan dibuka kepada orang awam dari jam 10 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali pada cuti umum yang diwartakan.

Menerusi pameran tersebut, orang ramai berpeluang mengenali keunikan dalam kepelbagaian dialek dan bahasa yang terkenal di Sarawak.

Ini termasuk bahasa Sarawak iaitu dialek Melayu yang dituturkan di Sarawak dalam penggunaan kosakata dan pengucapan.

Turut dipamerkan, bahasa Iban iaitu salah satu bahasa peribumi terbesar di Sarawak yang digunakan oleh suku kaum Iban dan bahasa Bidayuh dituturkan oleh masyarakat Bidayuh, juga merupakan salah satu suku kaum peribumi di Sarawak.

Selain itu, pameran juga mengetengahkan bahasa Melanau digunakan oleh suku Melanau, terutamanya mereka yang berada di kawasan pesisir Sarawak.

Tidak ketinggalan, bahasa Orang Ulu iaitu kumpulan bahasa yang digunakan oleh suku kaum Kayan, Kenyah, Kelabit, dan lain-lain lagi.

Setiap bahasa atau dialek ini memiliki keunikan tersendiri dalam segi kosakata, tata bahasa, dan penggunaannya dalam kehidupan seharian.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Sarawakiana, Sektor Perkhidmatan Perpustakaan melalui e-mel [email protected] atau 082-374000.

Orang ramai juga dialu-alukan untuk memberi maklumbalas mengenai pameran ini melalui pautan https://www.pustaka-sarawak.com/bsrf/index.php?&kid=BSRF99404388-3519- 47b4-9352-141ef6f0323b.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.068504 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list