CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29400|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak pertimbang tubuh entiti disatukan sebagai cabang urus aset, pelaburan kerajaan

[Copy link]
Post time 3-10-2024 10:55 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari (empat kiri) menerima buku sebagai sebagai cenderahati daripada Mohamad Abu Bakar selepas menyampaikan ucaptama pada majlis tersebut. - Gambar Pejabat Premier Sarawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang mempertimbang untuk menubuhkan sebuah entiti yang disatukan sebagai cabang pengurusan aset dan pelaburan kerajaan, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut kenyataan daripada Pejabat Premier Sarawak, Abang Johari menegaskan bahawa beliau telah mengarahkan satu kajian dijalankan oleh pakar untuk menentukan kebolehlaksanaannya bertujuan meningkatkan hasil kerajaan dalam jangka panjang.

“Pada masa ini cawangan pelaburan Sarawak berada di bawah Sarawak Incorporated, manakala Dana Kekayaan Berdaulat Masa Depan Sarawak (SSWFF) telah beroperasi dengan suntikan modal permulaan sebanyak RM8 bilion oleh kerajaan Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada penutupan One Team Retreat (OTR) Perkhidmatan Awam Sarawak selama tiga hari yang diadakan di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena pelancaran Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Brunei (STATOB), hari ini.

Abang Johari menjelaskan, modus operandi entiti sedemikian akan berfungsi sama seperti entiti di negara maju lain seperti Temasek Holdings Singapura dan Government of Singapore Investment Corporation (GIC), Mubadala Investment Company of UAE, China Investment Corporation dan Japan Investment Corporation.


Premier semasa menyampaikan ucaptama penutupan OTR Perkhidmatan Awam Sarawak pada majlis di Brunei, hari ini. - Gambar Pejabat Premier Sarawak

Menurutnya lagi, semua aset kerajaan yang dipegang oleh pelbagai badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Sarawak Energy Bhd dan Petroleum Sarawak (Petros) dicadang disatukan di bawah satu entiti tersebut yang akan dijalankan seperti badan perniagaan lain.

Beliau menjangkakan model pengurusan aset dan pelaburan dengan badan-badan ahli sebagai pemegang saham akan menyediakan suasana yang kondusif kepada 'mobiliti' profesional dalam kalangan badan-badan ahli mengikut prinsip 'hire and fire' untuk memastikan badan-badan itu dijalankan dengan baik.

“Model sebegini juga akan membolehkan imbuhan ditetapkan pada tahap tinggi dan setanding dengan negara maju,” katanya.

Mengenai pemerolehan saham majoriti dalam Affin Bank, Abang Johari berkata bank itu sebagai bank runcit akan menjadi platform untuk memacu pembangunan dalam perniagaan kecil dan sederhana serta platform untuk memudahkan pembangunan keseluruhan Sarawak yang teguh semasa.

Dalam nada yang sama, beliau berkata Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) yang ditubuhkan pada 2017 telah menjadi platform kewangan yang diberi mandat dengan pembangunan projek strategik seperti infrastruktur untuk meningkatkan ekonomi Sarawak.

Terdahulu, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bercakap mengenai penyelesaian pantas dalam memastikan pelaksanaan projek kerajaan dan pengurusan aset dalam Perkhidmatan Awam Sarawak.

Antara yang hadir ialah Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, menteri dan timbalan menteri.

Premier kemudiannya secara rasmi melancarkan operasi STATOB bertujuan untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan pelancongan antara Brunei dan Sarawak.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.060632 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list