CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15830|Reply: 0

[Kedah] Baling banjir lagi, tujuh PPS dibuka

[Copy link]
Post time 4-10-2024 09:42 AM | Show all posts |Read mode
Baling banjir lagi, tujuh PPS dibuka


Safuri Kamarudin[email protected]







ANGGOTA JKM sedang mendaftar mangsa yang berpindah ke PPS yang buka sejak malam tadi. FOTO ihsan APM





Baling: Seramai 199 mangsa daripada 66 keluarga dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini, sejak semalam sehingga awal pagi ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, banjir berlaku akibat hujan lebat berterusan sejak 5 petang semalam menyebabkan air Sungai Ketil di sini, melimpah ke penempatan penduduk.

Beliau berkata, antara mukim yang terjejas akibat banjir itu ialah mukim Siong, Pulai, Bakai, Bongor, Baling dan Teloi Kanan.

"Antara PPS dibuka ialah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pari, SK Siong, SK Seri Bayu, Surau Al-Baraqah Kampung Tembak B, Dewan Banggol Derum, Surau Kampung Lahar dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Parit Panjang.

"Mangsa berpindah sejak 7 malam tadi sehingga awal pagi ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, penduduk, Mohd Sofiuddin Abd Muin, 35, dari Kampung Haji Abas berkata, hujan lebat lebih dua jam akan menyebabkan air melimpah dengan cepat ke penempatan penduduk.

"Kami sekeluarga sudah biasa dengan banjir, dalam setahun sampai empat dan lima kali ia berlaku.

"Ini kali kedua dalam masa dua hari rumah saya terjejas akibat banjir," katanya.



Disiarkan pada: Oktober 4, 2024 @ 8:43am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1140702/baling-banjir-lagi-tujuh-pps-dibuka





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:50 AM GMT+8 , Processed in 1.460255 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list