View: 23437|Reply: 18
|
[Tempatan]
Jangan buka aib pasangan terutama selepas berpisah
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 8-10-2024 12:57 PM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini menasihatkan agar pasangan suami isteri mengelak daripada mengungkit keaiban atau kekurangan masing-masing terutamanya selepas berlaku perpisahan.
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan dalam kemas kini di laman sosial berkata, Islam mengajar umatnya untuk melihat kebaikan dan mengingati jasa pasangan sepanjang perkahwinan.
Tanpa merujuk kepada mana-mana individu, beliau menambah setelah berlaku perpisahan, setiap individu perlu memberi ruang untuk masing-masing memulakan kehidupan baharu dengan cara yang lebih baik, tanpa menyimpan dendam.
"Ini kerana ketika cinta masih ada, segala kekurangan tidak dihiraukan. Namun ketika perasaan berubah, kekurangan yang kecil sekali pun menjadi hal yang diangkat-angkat.
"Selain itu, sangat penting untuk sentiasa menjaga hati anak-anak yang mungkin menjadi mangsa dalam perpisahan ibu bapa.
"Jangan sekali-kali mencederakan emosi mereka kerana mereka juga mempunyai hak untuk merasai kasih sayang kedua-dua ibu bapa," tulisnya dalam entri tersebut.
BACA: “Tohmahan Fazura untuk malukan saya” - Fattah terkejut dakwaan bekas isteri
Zulkifli berkata, dalam perjalanan perkahwinan, tidak dinafikan wujud badai dan ombak yang kadangkala menguji kekuatan sesebuah hubungan dan setiap pasangan pasti pernah melalui cabaran itu.
Jelas beliau, walaupun Islam mengingatkan bahawa perceraian itu dibenarkan, tetapi ia adalah perkara yang paling dibenci oleh ALLAH SWT dalam kalangan yang halal.
"Oleh itu, ia sewajarnya menjadi pilihan terakhir setelah segala usaha untuk memperbaiki keadaan telah dilakukan," ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Zulkifli mengingatkan semua pihak yang berdepan konflik untuk sentiasa menjadi individu yang mendamaikan dan menasihati dengan kebaikan, bukan sekadar menjaga kesolehan diri sendiri.
Katanya, perkahwinan adalah satu institusi yang amat berharga dan ia memerlukan pengorbanan, keikhlasan, serta kesabaran daripada kedua-dua belah pihak.
"Namun, jika perceraian adalah jalan yang terbaik, lakukanlah dengan cara yang paling baik, menjaga maruah dan harga diri masing-masing," nasihatnya.
Hari ini industri hiburan tanah air menjadi tumpuan selepas pelakon terkenal tanah air, Fattah Amin dan Fazura sah bercerai talak satu.
Lebih mengejutkan apabila Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, 41, antaranya mendakwa punca perceraian dia dan bekas suaminya adalah kerana Fattah berlaku curang.
Astro Awani
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Orang sekarang suka speculate /gossiping masalah orang... Jadi famous retis/celebrity tidak boleh lari rumours... If netizen/marhein tidak busybody saperate talent and personal issue... Tiada masalah untuk puas kan hati orang denvan validation yang boleh buka aib... |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya kisah aib retis ni kekal dlm internet..yg kesian nti kat ank la..mak pak sedap laa berkompang bukak aib.. mcmna yaa nak buang kisah2 yg bertebaran kat internet ni? Kena upah org ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Yg jadi tahanan taliban tu pun boleh rujuk, ni ada iddah lagi tak menyempat nak keluar aib dan2 tu jugak tak tunggu2.. Org dok pikir balik ni apa lah dia nak up kat ig, lahhh sekali kelur tu terus spill habis |
|
|
|
|
|
|
|
Dah cerai nak apa lagi...move on je la |
|
|
|
|
|
|
|
masa masih suami isteri, suwit muwit je.
dah cerai, sawit. |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah keburukan rumahtangga simpan sendiri dan jadikan pedoman...
Cerita dan canang pd org luar tidak pernah akan selesaikan masalah...
Keadaan tetap sama sbb sifat yg nak diubah dan bermasalah itu ada pd manusia itu bukan pd org lain. Berperang dgn tenaga dan emosi tidak akan menyelesaikan apa-apa... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 8-10-2024 10:58 AM
Aib kehulur aib kehilir kunun, ada masalah perlu cerita jika tidak org tu bunuh diri atau jadi depression makan ubat, diam2 pun buat apa, makin lah org tu buli mental abuse pukul sana sini kikis duit, org abuse perlu direport jika tidak mereka akan akan abuse org lain |
|
|
|
|
|
|
|
Thread ni boleh jadi sangat bagus provided acik2 kepam boleh menahan diri dari bergossip tentang individu2 tertentu. If not, serupa main sampah ja lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sampai kat sini ngai kene petik
|
|
|
|
|
|
|
|
Sbb dia poster child menghina bekas pasangan
|
|
|
|
|
|
|
|
Sehelai Spender Aku Pun Kau Tak Pernah Beli – Rita Rudaini
|
|
|
|
|
|
|
|
this is i want to avoid after divorce. he said she said. anak yg malu nanti. your life story will turn into a circus n a joke. even parents i sendiri pun i x cerita sgt. biarla hati ni je yg tau segalanya. all the drama from the ex pun malas dah nk ambik tau. padahal dah ada perempuan lain. |
|
|
|
|
|
|
| |
|