CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39627|Reply: 0

[Perlis] Banjir: Jumlah mangsa di Kedah, Perlis berkurang petang ini

[Copy link]
Post time 11-10-2024 06:48 PM | Show all posts |Read mode
Banjir: Jumlah mangsa di Kedah, Perlis berkurang petang ini

BERNAMA



Gambar hiasan. KEADAAN banjir di Jalan Changkat Lobak - Alor Pongsu yang sering dinaiki air banjir. FOTO BERNAMA




Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Perlis mencatatkan penurunan petang ini berbanding pagi tadi, manakala bilangan mangsa di Perak dan Johor kekal.

Di KEDAH, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 3,390 orang setakat 4 petang ini, berbanding 3,655 orang pagi tadi dan semuanya ditempatkan di 21 pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan empat daerah iaitu Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena serta Pendang.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata daerah Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 1,699 orang, diikuti Kubang Pasu (613), Pokok Sena (563) dan Pendang (515).

Di PERLIS, Pengarah APM Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata jumlah mangsa banjir di negeri itu berkurang daripada 519 orang pagi tadi kepada 146 petang ini dan semuanya ditempatkan di dua PPS masing-masing satu di daerah Kangar dan Arau.

Beliau berkata PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Gajah, Arau dan Kolej Vokasional Kangar, Kangar ditutup 12.40 tengah hari tadi.

Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir di daerah Kerian kekal 136 orang dan semuanya ditempatkan di dua PPS.

Sementara itu, Pengerusi JPBN Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan jumlah mangsa banjir di JOHOR kekal 17 orang seperti pagi tadi dan mereka ditempatkan di PPS SK Seri Bunut, Batu Pahat.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan petang ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di lapan negeri hingga 7 petang ini.

MetMalaysia menyatakan, cuaca itu diramal melanda Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh), Terengganu dan Pahang (Kuantan).

Keadaan sama juga diramal di Putrajaya dan Selangor membabitkan Kuala Langat dan Sepang serta Johor (Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Turut diramal mengalami cuaca buruk adalah Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan dan Betong (Pusa dan Betong) dan di pedalaman Sabah (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu), Tawau serta Sandakan.



Disiarkan pada: Oktober 11, 2024 @ 5:57pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1143318/banjir-jumlah-mangsa-di-kedah-perlis-berkurang-petang-ini




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.046092 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list