CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21776|Reply: 0

[Perlis] Tiga kenderaan termasuk kereta mewah bernilai RM1.1 juta disita

[Copy link]
Post time 16-10-2024 03:05 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 16-10-2024 03:06 AM

Tiga kenderaan termasuk kereta mewah bernilai RM1.1 juta disita

15 Oktober 2024 04:58pm




Kereta mewah jenis Porsche 982 Cayman GT4 RS yang disita JKDM Perlis.




KANGAR -  Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis menyita tiga kereta termasuk sebuah kereta mewah bernombor pendaftaran Pulau Bebas Cukai iaitu Langkawi bernilai lebih RM1.1 juta kerana dipercayai berada di Kawasan Utama Kastam (KUK) melebihi tempoh 90 hari tanpa kebenaran.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, tiga kereta berkenaan disita dalam pemeriksaan berasingan termasuk Mazda 2.0 Sedan SKYACTIV dianggarkan bernilai RM50,000 dan cukai RM78,500 pada 1 tengah hari, 26 September lepas.


Pada hari sama, sebuah lagi kereta jenis Toyota Camry disita pihak Kastam dianggarkan bernilai RM55,000 dan cukai RM86,570 dalam pemeriksaan lebih kurang jam 3.30 petang. Pemeriksaan terhadap dua kereta ini dilakukan di Pejabat Kastam Cawangan Penguatkuasaan Kuala Perlis,” katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Ismail berkata, pihaknya menyita sebuah lagi kereta yang merupakan kereta mewah jenis Porsche 982 Cayman GT4 RS dianggarkan bernilai RM1 juta dan cukai RM1.9 juta dalam pemeriksaan ke atas kereta itu di Kompleks Kastam Negeri di sini pada 6.20 petang, 1 Oktober lepas.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati kesemua kereta itu disyaki berada di KUK melebihi tempoh yang dibenarkan di bawah Butiran 14, Bahagian I, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017 dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Sementara itu, Ismail berkata, Kastam Perlis berjaya merampas rokok pelbagai jenis dan minuman keras dipercayai tidak berkastam bernilai keseluruhan lebih RM18,000 dalam dua pemeriksaan berasingan di sekitar Perak bulan lepas.


"Pemeriksaan ke atas sebuah premis kedai runcit di Jalan Besar Felda Gunung Besout 1, Sungkai pada 9 September, lebih kurang 11.15 pagi, telah menemukan 263 karton atau 46,745 batang rokok disyaki tidak berkastam bernilai RM10,527.85 dan cukai RM31,909.49,” katanya.

Mengenai rampasan minuman keras dipercayai tidak berkastam pula katanya sebanyak 752.40 liter atau 2,280 tin dengan anggaran nilai RM7,600 dan cukai RM12,140 dirampas dalam pemeriksaan ke atas sebuah stor tidak berkunci di Jalan Perusahaan 7, Kawasan Perindustrian Kemunting pada 3 petang, 12 September lepas.


"Kedua-dua kes ini turut disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/691134/berita/semasa/tiga-kenderaan-termasuk-kereta-mewah-bernilai-rm11-juta-disita


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.052529 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list