CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10151|Reply: 1

[Perlis] Amaran ribut petir, hujan lebat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta Perak pagi ini

[Copy link]
Post time 16-10-2024 09:40 AM | Show all posts |Read mode
Amaran ribut petir, hujan lebat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta Perak pagi ini

Oleh Bernama - Oktober 16, 2024 @ 8:10am



Foto hiasan




KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang manakala beberapa kawasan di Kedah, dan Perak pagi ini.

Amaran sama turut membabitkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu di Kedah manakala di Perak membabitkan kawasan Kerian, Larut, Matang, Selama dan Manjung


Malam tadi, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Amaran sama turut membabitkan negeri Perak bagi kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang.

Ribut petir juga dijangka melanda Terengganu membabitkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis).

Situasi sama diramalkan berlaku di Sarawak membabitkan Sri Aman, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro) serta Kapit (Song dan Kapit) manakala di Sabah, ia meliputi kawasan Nabawan dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Sandakan).

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1311424/amaran-ribut-petir-hujan-lebat-di-perlis-kedah-pulau-pinang-serta





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2024 09:41 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.042139 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list