CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10139|Reply: 0

[Sabah] MYFutureJobs PERKESO langkah tepat tangani isu pengangguran

[Copy link]
Post time 16-10-2024 10:31 AM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Mohammed Azman dan Hajiji merakamkan gambar kenangan bersama semasa program ini.



LAWAT: Mohammed Azman mengiringi Hajiji melawat antara meja pameran yang dibuka pada program ini.



SUMBANGAN: Mohammed Azman mengiringi Hajiji menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima faedah PERKESO.

KOTA KINABALU: Karnival Kerjaya Mega Madani MYFutureJobs PERKESO Sabah yang bertemakan ‘Tiada yang terpinggir’ adalah langkah yang tepat dan proaktif dalam usaha menangani isu pengangguran di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO Datuk Sri Dr. Mohammed Azman berkata, berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar pengangguran Sabah pada suku kedua 2024 mencatatkan peningkatan marginal sebanyak 0.1 peratus iaitu 8.0 peratus berbanding 7.9 peratus pada suku sebelumnya.

“Pada penganjuran Karnival Kerjaya Mega MADANI MYFutureJobs PERKESO Negeri Sabah 2024 ini, PERKESO menawarkan 2,745 kekosongan jawatan daripada 40 majikan dalam pelbagai sektor.

“Yang paling membanggakan, peluang pekerjaan ini terbuka untuk semua termasuk golongan rentan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan bekas penghuni penjara, malah, portal MYFutureJobs kendalian PERKESO adalah Platform Pekerjaan Nasional yang memainkan peranan amat signifikan dalam menghubungkan pencari kerja dengan majikan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan aluan dalam program yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

Program dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Katanya, sejak dilancarkan pada 2020, platform ini menawarkan lebih 11.1 juta peluang pekerjaan dengan lebih 1 juta individu berjaya mendapat pekerjaan.

“Setakat 27 September tahun ini juga, MYFutureJobs mendaftarkan lebih 2.79 juta pencari kerja, termasuk lebih 46,000 OKU dan 106,000 graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Ini adalah satu pencapaian yang amat signifikan dan membuktikan keberkesanan usaha kita dalam menangani isu pengangguran,” katanya.

Beliau berkata, seiring usaha meningkatkan kebajikan pekerja, PERKESO menguatkuasakan siling gaji baharu untuk tujuan caruman bermula 1 Oktober tahun ini.

Katanya, usaha ini adalah hasil pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) yang meningkatkan had siling gaji untuk caruman dari RM5,000 kepada RM6,000 sebulan.

“Peningkatan ini dijangka memberi manfaat kepada kira- kira 1.5 juta pekerja atau hampir 15.5 peratus daripada keseluruhan pencarum PERKESO di seluruh negara, dengan lonjakan nilai faedah mencecah 20.2 peratus.

“Selain itu, kita prihatin mengenai kadar kemiskinan di Sabah yang kekal tinggi pada 19.7 peratus berdasarkan rekod DOSM pada 2022.

“Sebagai langkah proaktif untuk menangani isu ini, PERKESO dan kerajaan negeri Sabah melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) menerusi Program Social Synergy pada 13 Februari tahun ini,” katanya.

Tambahnya, melalui program ini, PERKESO membangunkan platform pangkalan data Sistem MySynergy untuk mengenal pasti dan menyalurkan prospek yang memerlukan bantuan.

Sehingga September 2024, lebih 400 prospek berjaya disalurkan di Sabah kepada pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan merentasi negeri.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.062860 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list