CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14665|Reply: 0

[Kedah] 5 daerah berisiko berlaku fenomena air pasang awal pagi esok

[Copy link]
Post time 17-10-2024 03:34 PM | Show all posts |Read mode
5 daerah berisiko berlaku fenomena air pasang awal pagi esok

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




Pengarah JBPM Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Awang Hidzel Awang Bujang (tengah) menunjukkan data berkaitan kejadian air pasang besar yang dijangka berlaku di negeri ini bermula tengah malam ini. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI





Alor Setar: Lima daerah di negeri ini berisiko berlakunya fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku awal pagi esok.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Awang Hidzel Awang Bujang berkata, berdasarkan laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, ketinggian air pasang pada 1.01 pagi esok setinggi 3.0 meter, manakala 3.1 meter dijangka berlaku pada 1.33 pagi esok dan 2.05 pagi Ahad ini.

Menurutnya, antara lokasi yang dijangka berlaku air pasang itu adalah di lima kawasan di Kota Setar iaitu Jeti Kuala Kedah, Jeti Nelayan Seberang Kota, Taman Seri Putra dan Taman Seri Pantai.

"Selain itu, di daerah Kubang Pasu pula akan membabitkan Kampung Kuala Kerpan, muara Kampung Kuala Jerlun dan muara Kampung Kuala Sanglang.

"Bagi kawasan Yan pula, tiga kampung dijangka akan terjejas adalah Kampung Kuala Raga, Kampung Kuala Sala Dan Kampung Kuala Sala Yan Kecil.

"Daerah Kuala Muda pula membabitkan tujuh kampung iaitu Kampung Paya, Kampung Huma, Kampung Sungai Yu, Kampung Bukit Kechik, Kampung Kepala Tanjung, Kampung Tukang Jusoh dan Kampung Sungai Meriam," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Awang Hidzel berkata, Langkawi pula berisiko berlaku banjir air pasang membabitkan kawasan di Kampung Bakau, Kelibang.

Beliau berkata, pemantauan terus dilakukan anggotanya di kawasan sungai yang berisiko dinaiki air.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih mengutamakan keselamatan ketika berada di tempat bahaya dan bukannya membuat siaran langsung di media sosial semata-mata untuk 'content'.

Sementara itu, pegawai dan anggotanya termasuk Bomba Komuniti seramai 2,848 orang sudah bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir berlaku susulan jangkaan fenomena itu berlaku.



Disiarkan pada: Oktober 17, 2024 @ 3:19pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1145354/5-daerah-berisiko-berlaku-fenomena-air-pasang-awal-pagi-esok




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.074978 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list