CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31635|Reply: 0

[Johor] Tak balas mesej 'good morning sayang', lelaki mengaku tampar teman wanita

[Copy link]
Post time 17-10-2024 06:05 PM | Show all posts |Read mode


Muhamad Nurhaqimi didenda selepas mengaku bersalah menampar teman wanita disebabkan mesej 'Good Morning Sayang'. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Penjaga stor dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap pertuduhan mencederakan teman wanita kerana tidak membalas mesej dihantar melalui WhatsApp, Khamis lalu.

Tertuduh, Muhamad Nurhaqimi Harun, 20, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencederakan teman wanitanya berusia 20 tahun di sebuah kedai haiwan peliharaan di Jalan Parit Bilal di sini, 12.15 tengah hari pada 10 Oktober lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku ketika teman wanitanya menghantar makanan tengah hari di tempat kerja tertuduh.
Siasatan polis mendapati perang mulut berlaku antara mangsa dan tertuduh kerana wanita itu tidak berpuas hati mesej 'good morning sayang' yang dihantar tidak dibalas.

Suasana bertukar menjadi tegang apabila tertuduh berang lalu menampar pipi kiri mangsa hingga menyebabkannya mengalami cedera ringan.

Susulan kejadian itu, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini, serta membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Razak Shariff.
Selepas mendengar hujahan dan rayuan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM800 terhadap tertuduh.

Pada masa sama, mahkamah juga mengarahkan tertuduh dihukum penjara selama 14 hari sekiranya gagal membayar denda dikenakan terhadapnya.

Disiarkan pada: Oktober 17, 2024
sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.151186 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list