CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10833|Reply: 0

[Pulau Pinang] Suspek utama bunuh lelaki warga Pakistan direman tujuh hari

[Copy link]
Post time 23-10-2024 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Suspek utama bunuh lelaki warga Pakistan direman tujuh hari


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Oktober 23, 2024 @ 12:23pm [email protected]




Suspek utama bersama lima rakan direman bagi membantu siasatan terhadap kes lelaki warga Pakistan yang mati ditikam menggunakan pemutar skru di kedai buah di Pulau Tikus, Georgetown. - Foto NSTP/FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI ​





GEORGERTOWN: Suspek utama bersama lima rakan direman bagi membantu siasatan terhadap kes lelaki warga Pakistan yang mati ditikam menggunakan pemutar skru di kedai buah di Pulau Tikus di sini.

Majistret Shahirah Abdul Halim membenarkan nelayan yang berusia 38 tahun itu direman selama tujuh hari, bermula hari ini manakala lima lagi rakan suspek termasuk seorang wanita direman selama tiga hari.

Semalam, dilaporkan kejadian yang membabitkan mangsa berusia 48 tahun dan susulan itu seramai lapan suspek termasuk seorang wanita berusia antara 22 hingga 58 tahun ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di negeri ini awal pagi semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, polis kemudian berjaya menahan suspek utama dan lima lagi rakannya di Tanjong Tokong pada jam 12.45 tengahari semalam menjadikan keseluruhan yang ditahan ialah seramai 14 individu.

Berikutan penahanan suspek utama, kes berjaya diselesai dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1314823/suspek-utama-bunuh-lelaki-warga-pakistan-direman-tujuh-hari






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 01:05 AM GMT+8 , Processed in 1.590262 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list