CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10842|Reply: 0

[Kedah] Banjir Kedah: LPP mohon RM7 juta bantu petani terjejas

[Copy link]
Post time 23-10-2024 03:53 PM | Show all posts |Read mode
Banjir Kedah: LPP mohon RM7 juta bantu petani terjejas

Oleh Noorazura Abdul Rahman - Oktober 23, 2024 @ 3:40pm [email protected]




Pengerusi LPP, Datuk Mahfuz Omar bersama penerima pada Majlis Penyerahan Bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi (Kemarau) dan Penyerahan Peruntukan RMK12 RP4 Program Ladang Benih Padi di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, hari ini. - Foto NSTP/Noorazura Abdul Rahman





ALOR SETAR: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memohon peruntukan hampir RM7 juta daripada kerajaan untuk diagihkan kepada 767 pesawah terjejas banjir bulan lalu.

Pengerusi LPP, Datuk Mahfuz Omar, berkata kerosakan kawasan sawah itu membabitkan keluasan seluas 1,461 hektar di 13 pertubuhan peladang kawasan (PPK) seluruh Kedah.

Bantuan itu sangat penting bagi petani terbabit memulakan musim tanaman kedua yang dijangka bermula hujung bulan ini, katanya.

"Antara PPK yang terjejas adalah Langkawi, Pendang Selatan, Kubur Panjang, Gurun, Pokok Sena, Kuala Nerang, Naka, Padang Serai, Kuala Nerang, Kuala Ketil, Lubuk Batu, Changlun dan selatan Kuala Muda.

"Mereka ini perlukan modal untuk mulakan penanaman, jika tidak mereka terpaksa menanggung lebih banyak hutang untuk memulakan tanaman padi musim seterusnya.

"Saya harap peruntukan ini disegerakan kerana masalah banjir ini agak besar dan kerugian agak teruk. Padi hampir dituai dan petani tidak dapat hasil apa. Kita minta percepatkan permohonan bantuan itu," katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi (Kemarau) dan Penyerahan Peruntukan RMK12 RP4 Program Ladang Benih Padi di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, hari ini.

Mahfuz berkata, LPP Kedah juga menyalurkan bantuan awal berupa bantuan bakul makanan kepada hampir 1,000 penerima.

Selain itu, katanya, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) meluluskan peruntukan melalui Bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi berjumlah RM1.29 juta kepada 887 orang pesawah membabitkan 1,649 hektar di kawasan luar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1314939/banjir-kedah-lpp-mohon-rm7-juta-bantu-petani-terjejas





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.237626 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list